
Alhamdulillah terima kasih kerajaan kerana prihatin dengan nasib rakyat apabila fasa kedua pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) telah diumum.
Perkara itu diumum oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memaklumkan bila bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon.
Bila bayaran akan dimasukkan ke akaun pemohon?
Menurut Tengku Zafrul, bayaran Fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi BPN 2.0 akan dibuat dalam bulan Januari 2021.
Zafrul berkata, pembayaran Fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.
“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.
“Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu,” katanya dalam Laporan Laksana ke-31 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM7 bilion untuk meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara one-off.
Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0
Sementara itu, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak status permohonan sejak 27 November lalu, manakala pembayaran sudah dibuat sejak 30 November 2020.
“Sebanyak 304,000 PKS Mikro layak menerima bantuan one-off berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM912 juta.
“Secara keseluruhannya, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM2.55 bilion.
“Bagi mereka yang gagal permohonan, tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020 yang boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my,” katanya.
Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0)
Bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang telah bermula sejak Oktober 2020, setakat 20 November lalu, sebanyak RM164.26 juta (peningkatan daripada RM148.22 juta minggu lalu) telah dibelanjakan.
Ia bagi membantu sebanyak 34,479 majikan (peningkatan daripada 30,492 minggu lalu) untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 273,767 pekerja (peningkatan daripada 247,035 minggu lalu).
”Diingatkan bahawa permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.
Ini adalah jumlah yang akan diberikan mengikut kumpulan
Sementara itu, Tengku Zafrul menegaskan kerajaan terus komited untuk memulih dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi demi memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani sebarang bentuk kr1sis.
Menurutnya, kerajaan telah menggariskan tiga matlamat utama di bawah Belanjawan 2021 iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
“Kesemua inisiatif dan program yang telah diumumkan menerusi Belanjawan 2021 dijangka dapat menambah 4 mata peratusan kepada KDNK negara pada tahun hadapan, dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Ini merupakan kesinambungan daripada pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang telah menyumbang antara 3.7 – 4 mata peratusan kepada KDNK negara tahun ini,” kata Tengku Zafrul.
Dalam laporan itu, beliau juga berkata mungkin ada wujud t4nggapan s3lah atau persoalan mengenai pelaksanaan m0ratorium tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bank Negara Malaysia.
Ini termasuk persoalan mengenai bantuan kewangan, bantuan pembayaran semula bersasar, dokumentasi bagi bank-bank, proses permohonan, kadar faedah dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Soalan Lazim
Adakah penerima BPN sedia ada perlu membuat permohonan?
Tidak. Permohonan tidak perlu dibuat. Jika sebelum ini anda telah layak dan menerima bantuan ini, anda tidak perlu lagi untuk membuat permohonan buat kali kedua.
Bilakah permohonan baru BPN 2.0 boleh mula dibuat?
Pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.
Bilakah pembayaran akan dibuat?
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021
Adakah kemaskini dibenarkan?
Tidak dibenarkan. Ini kerana ianya menggunakan data BPN sebelum ini.
Sumber: Awani, Transformasi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply