(Video) Warga emas gigih jual air tebu tepi jalan, warganet ajak orang ramai bantu beli

Pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Walaupun kadang kala jumlah yang diperoleh hasil pen4t lel4h tidak memadai dengan kudrat yang dikeluarkan, namun ia sudah pasti membahagiakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Berniaga air tebu tepi jalan

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook menggunakan nama akaun KakSah Katering Besut, dia telah berkongsi satu video seorang lelaki warga emas menjual air tebu di sebuah gerai tepi jalan.

Menurut muat naik yang dilakukan, gerai air tebu itu diusahakan oleh  warga emas berusia 78 tahun. Walaupun sudah berusia, namun masih gigih mencari rezeki untuk menampung kehidupannya.

“Ayoh jual air tebu ni sejak saya masih kecil. Pernah menjual menggunakan basikal. Dulu kedai ayoh ni dil4nggar… ini baru lagi ayoh buka semula.

“Sed1hnya rasa… ayoh umur dah berusia masih bekerja.

“Harga air tebu ayoh hanya RM2. Ayoh pon mesin sendiri tebunya itu… marilah kita ramai-ramai membeli,” katanya.

Masih berusaha cari duit

Posting tersebut tular di media sosial apabila pengguna Facebook itu mengajak orang ramai membeli air tebu jualan warga emas terbabit.

Tambahnya, lelaki tua itu sedah berniaga lama di kawasan tersebut dan kembali membuka semula gerainya yang berhampiran dengan restoran makanan tempatan.

Jom pakat2 singgah

Video yang telah dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila dalam masa sehari sahaja , lebih daripada seribu perkongsian semula dan ratusan komen diterima oleh pengguna Facebook tersebut.

Rata-rata mereka mendoakan agar perniagaan warga emas itu terus dimurahkan rezeki dan mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menyokong perniagaannya.

Semoga bertambah rezeki pakcik

Dari lama pakcik ni berniaga

 

Sumber: KakSah katering Besut, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Warga emas gigih jual air tebu tepi jalan, warganet ajak orang ramai bantu beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*