
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mohd Sheriff mencadangkan kadar GST yang baharu diturunkan kepada 3 atau 4 peratus berbanding 6 peratus apabila cukai itu dimansvhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lama selepas ia mengambil alih pentadbiran pada Mei 2018.
“GST pada kadar 3 atau 4 peratus dapat memberikan pendapatan yang sama jika tidak melebihi daripada kadar 6 peratus yang ditetapkan sebelum ini dengan mengehadkan senarai pengecualian kepada minimum.
“Semakin banyak pengecualian, semakin rumit pelaksanaannya terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada pengumuman oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu lalu bahawa selain memperkenalkan semula GST, kerajaan turut meneliti cukai baharu yang bersesuaian yang hanya akan dilaksanakan apabila ekonomi pulih daripada impak pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menyifatkan dirinya sebagai penyokong GST, Mohd Sheriff yang juga bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd berkata, GST sebelum ini adalah rumit berikutan ia sukar untuk PKS dan perniagaan mikro mentafsirkan kod Klasifikasi Piawaian Perdagangan Antarabangsa (SITC) apabila mereka memohon bayaran balik GST yang dibayar ke atas input yang digunakan dalam mengeluarkan atau memproses barangan sebelum jualan akhir dalam rantaian nilai.
“Ia mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat bayaran balik. Terdapat begitu banyak aduan. Ahli-ahli perniagaan menyalahkan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan Kastam seterusnya, menyalahkan syarikat kerana mengisi maklumat yang salah dalam borang tuntutan bayaran balik,” katanya.
Cukai dengan nilai tambah itu dikenakan berkuat kuasa 1 April, 2015, amat tidak popular dan gabungan PH dalam manifestonya untuk pilihan raya umum 2018 telah berjanji akan memansuhkannya dan dilakukannya hanya selepas dua minggu kerajaan PH dibentuk.
Mohd Sheriff berkata, apa yang berlaku selepas GST dilaksanakan pada tahun 2015 ialah perniagaan yang dijalankan oleh keluarga yang tidak mampu menggunakan khidmat firma perakaunan profesional atau pemilik perniagaan yang ‘old-fashioned’ dan tidak celik komputer untuk menyimpan akaun, mendapati keseluruhan sistem adalah terlalu rumit.
“Ahli politik mengeksploitasi aduan mereka yang mend4kwa GST adalah kej4m dan tidak wajar apabila 128 negara di seluruh dunia mempunyai GST,” katanya.
Langkah untuk memperkenalkan semula GST adalah wajar berikutan pendapatan kerajaan perlu berkembang dengan kukuh bagi membolehkannya memberikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan sosial.
Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim
“Malaysia seperti negara kebajikan dengan perkhidmatan awam percuma dan murah. Ini hanya dapat dilaksanakan dengan asas pendapatan yang kukuh. Oleh itu, sistem cukai pendapatan juga perlu diperkukuhkan dengan meminimumkan ketirisan dan pengelakan, terutamanya daripada perniagaan sendiri dan pengusaha gerai,” kata Mohd Sheriff.
Maklumat yang diperoleh oleh Kastam daripada kertas kerja GST mengenai tuntutan bayaran balik boleh dikongsi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menangkap mereka yang menipu mengenai pendapatan mereka.
“Tiada yang percuma. Jika pendapatan rendah, kerajaan perlu meminjam lebih dan lebih dan caj faedah ke atas hutang jadi lebih besar dan lebih besar, sukar untuk memastikan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lancar dan cekap.
“Golongan miskin akan lebih terjejas berbanding mereka yang lain dalam melaksanakan GST. Kadar perlu bermula rendah dan naik secara berperingkat dari masa ke masa,” katanya.
GST akan dikembalikan semula?
Sementara itu, terdapat laporan mengatakan Kementerian Kewangan (MOF) telah mewujudkan sebuah jawantankuasa bagi menkaji langkah menambah pendapatan negara, termasuk langkah memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST.
Menurut Bernama, perkara itu dided4hkan dalam satu nota kepada media oleh Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research susulan dialog bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.
Selain memperkenalkan semula GST, antara langkah lain yang sedang dikaji termasuk menganalisa kelemahan dalam sistem percukaian yang sedia wujud dan impak pengenalan cukai baru terhadap ekonomi, rasionalisasi insentif percukaian, kajian terhadap percukaian baru seperti cukai karbon dan cukai digital dan memperkemaskan pengurusan percukaian.
“Masa (pengenalan) adalah penting terutamanya melibatkan cukai baharu supaya tidak menggangu proses pemulihan ekonomi”
Tahun 2021 adalah tahun peralihan daripada (waktu) krisis kepada pemulihan,” jelas nota tersebut yang memetik Tengku Zafrul.
Pelaksanaan semula GST perlu kajian rapi – Perdana Menteri
Kajian perlu dilaksanakan sebelum sistem percukaian, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula di negara ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan mengambil maklum cadangan pelbagai pihak termasuk pihak industri, ahli akademik dan orang awam supaya kerajaan memperkenalkan semula GST.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira kekuatan dan kelemahan sistem percukaian sedia ada dan GST yang pernah diperkenalkan pada 2014 termasuk membabitkan kesannya terhadap keseluruhan ekonomi dan sara hidup rakyat.
Adalah menjadi kelaziman untuk kerajaan mengkaji keberkesanan sistem cukai kepenggunaan seperingkat (single tier consumption tax) yang diamalkan di Malaysia pada masa ini iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan berbanding dengan cukai kepenggunaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara lain iaitu dalam bentuk cukai kepenggunaan nilai tambah (value-added consumption tax).
“Kesesuaian melaksanakan GST atau sebarang model cukai kepenggunaan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kekuatan dan kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang serta kekuatan dan kelemahan model GST yang dilaksanakan pada 2014.
“Selain itu, kajian perlu untuk memastikan kesan keseluruhan pelaksanaan cukai-cukai ini ke atas ekonomi, kos sara hidup rakyat serta keupayaan cukai-cukai ini dalam menangani kegiatan ekonomi gelap,” katanya.
Perdana Menteri berkata, pihaknya faham dengan pendapat sesetengah pihak bahawa GST adalah sistem cukai yang efisyen dan memberi pungutan yang besar kepada negara berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Namun, katanya, ia perlu diperhalusi dengan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara itu dan kerajaan akan membuat pengumuman mengenainya.
Katanya, ia penting supaya wujud satu sistem percukaian yang adil dan tidak membebankan, sebaliknya lebih efisyen dan mampu dilaksanakan dengan baik.
Sumber: Bernama, BHOnline, Malakattribunenews
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply