Hiburan Tempatan Viral

(Video) AR Badul dinafikan hak seorang bapa, tak dapat harta tinggalan Mejar Mohd Zahir- “Beritahu kenapa saya tak layak”

SELEPAS lebih setahun kema-tian anaknya dalam kejadian pilu akibat tertem-bak, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak berselindung bahawa hubungan dia dengan anaknya, Allah-yarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat namun haknya sebagai bapa dinafikan.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul kepada mStar.

Badul ditemui di kediamannya di Taman Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Badul, lebih kec3wa apabila kisah keretakan rumah tangga serta hubungan dengan anak-anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke atas harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir yang ma-ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

“Apabila terjadi perkara begini (ke-ma-tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum itu, Badul pernah mendes4k supaya inkues diadakan bagi mencari punca kema-tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

AR Badul melahirkan kekec3waan apabila haknya sebagai bapa dinafikan.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peninggalan ar-wah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam disekat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, mening-gal dunia akibat terkena temba-kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Akibat kejadian itu, pihak Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September 2019 bersetuju untuk menaikkan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel.

Allah-yarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

Tonton video:

 

Sumber : mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 thoughts on “(Video) AR Badul dinafikan hak seorang bapa, tak dapat harta tinggalan Mejar Mohd Zahir- “Beritahu kenapa saya tak layak””

  1. Dengar sini para bapak2. Majoriti tak bertanggungjawab. Bila bercerai putus hubungan. Satu sen pun tak bagi. Tak sekolahkan anak2 tak bagi mkn minum pakaian dll. Hari Raya pun fitrah tak bayar. Kebanyakan artis2, pemain bola, ahli koperat dan berniaga pun abaikan tanggung jawab sebagai bapak. Come on lah, Badul jugak bapak2 yg sama cerita tadi. Malulah sikit. Where were u when this arwah was growing up? Did u care? Give up nak claim u ni ada hak. Kata tadi tak nak nak duit. Baguslah. Kipidap. Jgn tanya apa hak u. Sedekahlah jika betul u ada hak. Tu lima cucu u nak mkn minum sekolah hingga ke Universiti. U sbg Atuk patut bertanggungjawab bagi mereka nafkah pulak kan?

  2. Tu sebab klau kawin byak kne ade tanggung jawab. Ni masa ank kcil. Mkn minum pelajaran nafkah ade bgi tak. Se diri kena ingat. Ni ade lah hikmah Allah.

  3. Ini kadang2 silap kedua2 belah pihak. Harta yg Ada penama atau wasiat yg sah jgn pertikaikan. Harta yg lain perlu buat tarekah. Hak ayah Dan ibu yg Masih hidup memang Ada. Kalau ibubapa org yg mampu biasanya atas budibicara seorg datuknenek yg baik didepan Hakim akan memberikan bhgian mereka kpd cucu. Kalau nak juga itu haknya. Bab harta ni semua org nak walaupun xbertanggung jawab. Bab harta org jadi TAK malu.

  4. It’s not about who you are a father and a grandfather. it’s about money. Is your son a multimillionaire?. He is in the army there are no bribes in the army so where did you think the income and sources come from to make him rich. I think it would be wise if you leave them alone. She’s the widow got five kids to look after with an unknown journey and still a long way to go. I think you’re an idiot father and grandfather. You are stealing their future.

  5. pelik bila anak yatim miskin dah jadi kayo baru nak keluar media mangako “saya la bapak dorang, saya la atuk dorang. saya nak nak nak…nak nak nak perhatian..”

  6. Badol ko ni tk malu… Nk hak ko. Masa anak ko kecil.tk pulak ko sebut hak ko…. Bini nk byk,tanggung jwb tk tunai. Buek malu

Leave a Reply to Abdul Rahman Ahmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *