
PENGURUSAN Restoran Uncle Don’s meminta pelanggan yang berkunjung ke cawangan SS2 di Petaling Jaya, Selangor, dari 20 November sehingga 25 November, dan mengalami gej4la untuk membuat uj1an sar1ngan C0vid-19.
Satu kenyataan dikeluarkan susulan seorang pekerja restoran itu disahkan positif C0vid-19.
“Pekerja cawangan SS2 telah menunjukkan gej4la pada 25 November kini disahkan positif C0vid-19,” menurut restoran itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seramai 40 kakitangan restoran itu telah menjalani uj1an C0vid-19 pada 26 November, di mana tiga disahkan positif, 23 negatif, manakala yang lain sedang menunggu keputusan.
“Tiga pekerja yang positif (termasuk pekerja yang dinyatakan di atas) telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan,” katanya.Pihak pengurusan memberitahu bahawa kakitangan yang lain menjalani kuarantin kendiri dalam tempoh yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.
“Kita juga mengesahkan bahawa ketiga-tiga kes positif tersebut tidak bertugas pada 25 November.
“Namun, kita menggalakkan mana-mana pelanggan yang mengunjungi cawangan SS2 antara 20 November dan 25 November, dan mengalami gej4la supaya menjalankan uj1an,” tambah kenyataan itu.
Restoran tersebut ditutup sehingga diberitahu kelak untuk proses pembersihan dan disinfeksi.
Pihak pengurusan memberi jaminan bahawa semua kakitangannya akan menjalani uj1an C0vid-19 dan memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan untuk pengesanan kontak. –
Sumber: The Star
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MH Network
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply