
BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.
Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina meninggal dunia akibat serngan j4ntung. Beliau juga baru sahaja menjalani pembedahan 0tak awal bulan ini.
Presiden Alberto Fernandez serta merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.
Sejurus sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires. – AFP
Leave a Reply