Shahidan Cakap Najib khianat rakyat jika tolak bajet, Sekali Najib jawab balik

PARLIMEN | Bekas perdana menteri Najib Razak akan mengkhi4nati rakyat sekiranya beliau menolak Belanjawan 2021, menurut Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional, Shahidan Kassim.

“Saya nak beri tahu, sesiapa sahaja yang menolak bajet ini, termasuk kawan saya dari Pekan (Najib), tolak bajet, khi4nat rakyat, sebab rakyat menunggu…

“Kita tolak, kita menghi-na mereka, kita khi4nat mereka, saya nak beri tahu….

“Jangan buruk sangka kepada kami (MP PN), kalau kita tolak bererti kita tolak amanah rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Arau ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Shahidan ada yang mengatakan satu atau dua ahli parlimen PN tidak akan menyokong Belanjawan 2021, dengan kecurigaan terhadap pemimpin veteran dalam gabungan itu.

“Maka bajet ini tak lulus, kerajaan tumbang.

“Ini adalah satu syak wasangka dan kita mengaitkan orang-orang yang merupakan ahli politik veteran yang sebelum kita lahir lagi.

“Sebelum (MP) Lembah Pantai (Fahmi Fadzil) lahir mereka dah masuk politik, (MP) Pekan (Najib) masuk politik, (MP) Bagan Datuk (Ahmad Zahid Hamidi), (MP) Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah), masuk politik lebih awal lagi

“Tapi kita bersyak wasangka kononnya begini, sekali mereka sertai Barisan (Nasional), sekali barisan bersama PN, kita tetap bersama PN,” katanya.

Jelas Shahidan, semua ahli parlimen Perikatan Nasional dan BN akan mengundi secara ‘en bloc’ untuk Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 26 November ini.

“Kita ada 112 kerusi, saya ucap takziah (MP) Gerik (allahyarham Hasbullah Osman), satu kerusi…

“Pembangkang pun kurang, (MP) Batu Sapi (mendiang Liew Vui Keong), dalam masa yang sama kita tahu bahawa bebas dan juga parti (MP) Langkawi (Dr Mahathir Mohamad) masih belum buat keputusan,” katanya.

Shahidan berkata beliau menyatakan dukungan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan akan mengundi menyokong Belanjawan 2021.

Katanya, jika pembangkang tidak mahu menyokong bajet maka mereka tidak perlu datang ke parlimen untuk pengundian.

Najib yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN ketika membahaskan belanjawan berkata BN akan menyokong bajet jika kerajaan bersetuju dengan ‘syarat’ untuk menyambung moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa turut memberi peringatan kepada ahli parlimen parti yang cuba-cuba memikirkan untuk menentang Rang Undang-Undang Perbekalan.

Katanya, pengundian belanjawan perlu mengikut arahan parti dan bukan ketetapan sendiri.

Ini berlaku selepas Tengku Razaleigh memberitahu The Malaysian Insight bahawa ahli parlimen dipilih untuk bertanggungjawab kepada pengundi kawasan yang diwakili mereka dan tidak boleh hanya menuruti arahan parti ketika memutuskan belanjawan.

Razaleigh yang juga pengerusi Lembaha Penasihat Umno juga berpendapat adalah “tidak demokratik” untuk membataskan ahli parlimen mengundi sekadar mengikut arahan parti.

Menurut MP Gua Musang, walaupun beliau ahli parlimen Umno, namun parti itu tidak berhak menentukan corak pengundian kerana dirinya dipilih pengundi di kawasannya.

Pada sidang media pagi ini, Annuar menolak kenyataan itu sebagai “pandangan peribadi” Tengku Razaligh, berkata setiap ahli parlimen perlu patuh pada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.

“Kalau ada ahli parti yang hendak bertindak sendiri, maka bila sampai pilihan raya, tidak perlu lagi parti, buat keputusan sendiri jugalah.

“Kalau tidak mahu ikut parti, tidak mahu patuh pada arahan parti, maka kena bersedia juga terima tindakan tertentu (yang dibuat oleh) parti,” kata Annuar lagi

Berikut pula reaksi dari Najib

“Bertahun-tahun lamanya saya telah dipanggil pembunuh, perompak, penyamun, penyangak, penzina atau penjual negara oleh Atok dan gengnya. Saya tetap sabar.

” Jadi, tak rugi apapun jika saya turut dipanggil “pengkhianat” jika “pengkhianatan” saya dan kawan-kawan ini berjaya memenuhi kehendak Rakyat pada masa mereka paling terdesak dalam krisis dunia paling teruk sejak 100 tahun dahulu?

“Asalkan jangan panggil saya Kit Siang sudah.

Asalkan jangan panggil saya Kit Siang sudah.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*