
Hari ini media sosial tular dengan dua gambar pekerja warga asing yang memakai gelang pink tapi masih berkerja di tapak pembinaan, Situasi ini telah menimbulkan pelbagai keresahan dan persepsi dari orang ramai.
Dr Hisham kemudian telah tampil membuat penjelasan terperinci di Facebook milik beliau
“Terkini tular dua gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih berada di tapak pembinaan dengan memakai gelang pink. Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini.
Sebenarnya seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina. Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).
“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina. Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat.
Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yg disaring berada dalam kawasan tapak bina. Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.
“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi.
“Pada 13/11/2020 sehingga 15/11/2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15/11/2020.
“Release order dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15/11/2020, jam 11am di tapak bina berkenaan.
“Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina.
“Terdapat kontak rapat: 8 orang telah di kuarantinkan. Tempoh kuarantin 14 hari (7/11-20/11).
“Kesemua pekerja yang lain adalah negative dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15/11/2020 kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin.
Dalam perkembangan lain, PM Muhyiddin, percaya sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing memutuskan rantaian j4ngkitan C0vid-19, negara dapat melalui fasa PKPP dengan jayanya.
“Saya juga nak mengingatkan ketua kampung, imam dan ketua komuniti supaya jaga komuniti masing-masing.
“Ketua kampung bersama ahli-ahli jawatankuasa, misalnya, boleh buat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk masing-masing,” katanya.
Jelas beliau, negara baru sahaja melihat kesan positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan, yang mana ekonomi kembali rancak dan rakyat dapat menikmati semula kehidupan harian dengan mengamalkan kebiasaan baharu.
Beliau berkata, kesan positif dapat dilihat daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Menurutnya, ekonomi negara juga mula rancak kembali dan rakyat dapat menikmati semula kehidupan dengan mengamalkan kebiasaan baharu.
“Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Jadi sama-samalah kita istiqamah dalam mengekalkan kejayaan mel4wan wab4k Covid-19.
“Saya doakan semoga kita semua kekal sihat, kekal sejahtera dan kekal aman bahagia,” katanya
Leave a Reply