Tempatan Viral

Yadim gesa ABPBH 33 dibatal, minta banyakkan istighfar. Ini reaksi Ismail Sabri Yaakob.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menggesa malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 (ABPBH 33) dibatalkan selepas pihaknya mendakwa menerima banyak aduan berkenaan program yang dijadual berlangsung esok itu.

Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, sewajarnya umat Islam memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah ketika mendepani wabak Covid-19.

“Saat umat Islam sedang resah dilanda pandemik Covid 19, sayugianya kita banyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Beristighfar dan melakukan amal kebajikan, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita, negara dan seluruh penghuninya dari wabak yang bahaya ini.

“Justeru, program hiburan seperti ini sangat tidak wajar. Sementelah saat umat Islam sedang resah mendepani wabak seperti yang saya nyatakan tadi.

“Yadim menerima banyak aduan daripada umat Islam mengenai ketidakwajaran program ini diteruskan. Justeru kami mohon ia dibatalkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

ABPH 33 dikendalikan Berita Harian dan TV3 melalui syarikat produksi, Primeworks Studios (PWS) akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, mulai jam 9 malam.

Buat pertama kali dalam sejarah, siaran langsung ABPBH 33 tidak dihadiri penonton di lokasi acara bagi mengelak perhimpunan beramai-ramai termasuk kelab peminat susulan standard operasi prosedur (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Nasrudin, yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menyeru pihak penganjur menggantikan ABPBH dengan program yang lebih bermanfaat dan tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Bagi pihak Yadim beberapa usaha dalaman telah dilakukan supaya program ini dibatalkan. Mohon doakan dari semua,” katanya sambil mengakhiri kenyataan itu dengan tanda pagar #batalkanABP.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak penganjur bagi mengulas isu tersebut.

PKPB: Anugerah Bintang Popular Tidak Termasuk Dalam Aktiviti Terl4rang

Sebarang acara langsung yang membabitkan industri kreatif tidak termasuk dalam aktiviti larangan di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada Mei lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini termasuk penganjuran acara Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung esok.

Ismail mengulas soalan media mengenai gesaan orang ramai supaya kerajaan membatalkan ABPBH kerana bimbang SOP tidak dipatuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *