Fahmi Reza dapat tawaran design logo dari kementerian, sekali dia tolak

KARYA seni visual terbaharu pereka grafik kontr0versi Fahmi Redza mengundang ke-caman daripada warganet.

Seni grafik itu memaparkan imej seorang lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala berwarna merah jambu.

Grafik lelaki berkaca mata itu sedang menadah tangan sambil menghembus nafas yang mengeluarkan tompok-tompok berwarna merah jambu menyerupai viru-s Covid-19.

Seni visual tersebut mendatangkan perasaan tidak senang pengikut Faceboknya kerana ada yang menganggap ia sebagai imej Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Tidak cukup dengan itu, Fahmi juga bertindak melukis Karikatur Mirip Dr Noor Hisham Dalam Mangkuk T4ndas

Hari ini, Fahmi mendakwa dia telah mendapat tawaran dari untuk mereka logo satu kempen pelancongan dari kementerian. Namun begitu Fahmi bimbang jika tawaran tersebut merupakan satu bentuk s0gokan kepada beliau

“Korang takkan percaya, aku baru terima satu official email daripada pegawai di Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya yang minta quotation untuk aku design logo untuk satu kempen tourism terbaru mereka!

“Sama ada mereka cuba nak sogok aku dengan offer ni, atau mereka betul-betul suka kerja design aku walaupun aku dah design banyak poster yang hentam PM dan menteri-menteri mereka, dan design banyak logo parodi yang persendakan logo-logo mereka sebelum ni!

Fahmi tolak tawaran, bimbang dis0gok

“Kalau korang fikir aku berminat nak ambik kerja design daripada pemerintah, korang silap orang.

“Adalah bertentangan dengan etika dan prinsip peribadi aku sebagai seorang pereka grafik untuk aku terima bayaran dan hasilkan kerja design dan bahan grafik propaganda untuk kerajaan dan pemerintah yang aku tentang dan lawan.

“Aku bukan orang upahan untuk mana-mana parti atau kerajaan. Prinsip aku tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Maknanya aku tidak berminat untuk ambil upah design logo untuk kempen Kementerian Pelancongan atau mana-mana kempen kerajaan pemerintah, sejak dahulu, hari ini, dan di masa akan datang.As a design activist, I will not sellout my principles. Kepada kerajaan pemerintah dan penguasa, you can take your money and shove it” ujar Fahmi lagi

Berikut sedikit info mengenai Fahmi Reza

Fahmi Reza – Kisah budak punk ‘pengha-sut’

Wajahnya mungkin tidak begitu diingati, tetapi wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digambarkan seperti badut pasti sukar dilupakan dalam arena politik Malaysia.

Di belakang karya grafik itu, seorang anak muda punk 39 tahun Fahmi Reza.

Acah-acah Fahmi melalui seni bukanlah asing.

Beliau sebelum ini mengeluarkan buku mewarna ABC Politikus Malaysia tahun lalu, yang memaparkan ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang.


Bagaimanapun, siapa sangka latar belakangnya bukan dalam seni reka, tetapi bidang yang jauh berbeza, iaitu kejuruteraan elektrik.

Beliau menuntut untuk ijazah sarjana muda di Amerika Syarikat antara 1995 hingga 1999.

Di sana, Amerika turut mengajarnya tentang radikalisme dan muzik punk.

“Aku mula dengar lagu punk rock sejak 15 tahun,” katanya kepada Malaysiakini awal bulan ini.

“Muzik punk asasnya muzik pr0tes, aku mula dengar muzik ini dan menyelami lirik-liriknya.”

Semangat DIY (lakukan sendiri) itu membuatkan beliau suka melakukan banyak perkara sendiri.

Aktivisme Fahmi ketika itu dalam gerakan anti-globalisasi di Amerika Syarikat.

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2000 ketika itu 23 tahun, Fahmi terlepas gerakan ref0rmasi 1998/99.

Beliau bagaimanapun mahu belajar sesuatu tentang negara itu, yang kemudian membawanya berkhidmat dengan beberapa NGO, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia.

Dia kemudian dapati kempen-kempen NGO di Malaysia berdepan satu masalah.

“Semua NGO itu ada mesej penting untuk orang awam, tetapi mereka tiada bajet untuk reka bahan kempen. Risalah mereka tidak berapa menarik, orang mungkin buang saja.”

“Aku rasa kita boleh buat lebih baik,” katanya yang kemudian mula membuat rekaan untuk kumpulan-kumpulan itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*