
LONDON: Khabib Nurmagomedov sanggup menukar gerakan kuncinya ke atas Justin Gaethje kerana dia tidak mahu mematahkan lengan lawan dari Amerika Syarikat itu di hadapan ibu bapanya.
Raja lightweight UFC itu mengekalkan rekod 100 peratus susulan kemenangan pada pertarungan UFC 254, kelmarin apabila dia menumbangkan Gaethje menerusi ‘tri4ngle ch0ke’ pada pusingan kedua.
Namun, berdasarkan laporan The Sun UK, apa yang menakjubkan, Khabib yang kehilangan bapanya akibat C0V1D-19 pada musim panas ini berpeluang untuk melakar kemenangan lebih awal apabila dia dapat mengunci lawannya dengan gerakan kegemarannya sekiranya keluarga Gaethje tidak hadir menonton pertarungan berkenaan.
Menurut bekas juara heavyweight, Daniel Cormier, Khabib bimbang sekiranya dia mem4t4hkan tangan lawannya selepas mendengar komen Gaethje sebelum perlawanan yang dia tidak akan kembali melawan.
Sebab itu, Khabib menggunakan kaedah ‘tri4ngle ch0ke’ bagi menumbangkan l4wannya itu dengan rekod 29-0.
“Khabib memberitahu saya ketika menonton temubual, dia melihat Justin berkata dia tidak akan melawan.
Sumber Berita Harian
“Dia tidak mahu mencederakan Justin di hadapan kedua ibu bapanya dan sebab itu dia menggunakan kaedah ‘tri4ngle ch0ke,” katanya. – Agensi
Leave a Reply