Luar Negara Sukan Viral

Netizan terkejut Khabib tak bagi ucapan buat Isteri, sekali penulis ni “sekolahkan” balik

“Terkejut juga baca komen tentang Khabib di sebuah page. Hakak itu tulis “dia angkat ayah dia, mak dia, bini dia mana? Tak boleh ke cakap sepatah untuk isteri jugak?”

“Ya gais, jangan lawan. Biasanya isteri yang tak dihargai, tak disayangi, cepat melenting dan akan cepat nampak benda gitu.

” Yang sering disayangi, akan tenang sahaja. Seorang isteri dia tahu suami dia selaku anak lelaki akan membesarkan ibu bapa dalam segala hal dan dalam masa sama menyayangi dia tanpa pernah sikit pun berkurang nilainya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Syukur dapat isteri memahami.

Rata-rata ramai bersetuju dengan pendapat penulis tersebut

“Yesz. Akhirnya ada yang tulis untuk saya.
Apabila seorang anak mencintai dan mengasihi ibunya sepenuh hati. Insya-Allah dengan isterinya juga dia akan tetap berbudi.

“Alhamdulillah Dia sayang dan hormat ibu bapanya. Insyaallah dia meletakkan isterinya di tempat yang betul

“Bukan nak ckp la…dlm kejayaan khabib ni adalah hasil dr kejayaan ibu bapa nya yg dr kecil bekorban masa dan tenaga sehingga beliau dikenali..then selepas dy berjaya bru la ader dy kenal dgn isteri dy..maner makcik2 bawang yg taktau tu baik takyah sembang kenapa tak up isteri dy..den tau perasaan khabib sbb skrg den berada ditempat ayah dy. So jgn simply kawin jer terus claim kejayaan suomi yer

Peminat sukan Mixed Martial Arts (MMA) pasti mengenali sang juara, Khabbib Nurmagomedov yang memegang rekod UFC Lightweight Champion dengan 28 menang 0 kalah.

Kami pasti, ramai yang meminati Khabbib bukan hanya beliau adalah sang juara tetapi juga personalitinya. Paling menarik perhatian ramai, Khabbib tidak pernah mendedahkan wajah isteri dan sangat tegas melindungi aurat isterinya. Malahan, semasa majlis perkahwinan mereka, set pakaian pengantin menutup penuh wajah isteri Khabib.

Kenapa Khabib Tutup Wajab Isteri

APA KEISTIMEWAAN KHABIB SEHINGGA ALLAH SWT MULIAKAN BELIAU? ALLAH SWT BAGI TAHU DALAM AL-QURAN BAHAWASANYA MANUSIA HANYA DI MULIAKAN DENGAN AGAMA & BERAPA BANYAK DIA SEMPURNAKAN AGAMA DALAM KEHIDUPANNYA SEBANYAK ITULAH ALLAH MEMULIAKAN MANUSIA.

Gambar ini adalah gambar pernikahan khabib.. mari kita dengar balik perbualan wartawan dengan beliau.

Wartawan: Kenapa wajah isterimu ditutup dengan kain?

Khabbib Nurmagomedov menjawab: “Mohon maaf ini demi menjaga fitnah dari Orang lain. Wajah isteriku cukuplah aku saja yang menikmatinya dan bukan untuk dilihat oleh orang ramai kerana aku sangat menghargainya (isteri).”

Lelaki yang faham tentang Agamanya⁣ dan lelaki yang baik agamanya, tidak akan rela jika isterinya menjadi tontonan lelaki lain.. Orang-orang soleh dahulu menyembunyikan isteri-isterinya, sehingga kasut isteri mereka pun mereka akan sorokkan kerana bagi mereka size kasut itu juga aurat (dengan size kasut kita tahu fizikal seseorang wanita).

Sayyidatina Fatimahtul Al-Zahra radiAllahuanha anak kesayangan kepada Rasulullah saw adalah ibu kepada perempuan solehah yg menjaga aurat sempurna sehingga Allah swt sendiri pun malu nak melihatnya, oleh kerana ketaatannya menjaga aurat yg sempurna.

Tidak ramai sahabat2 Rasulullah saw yg berpeluang melihat anakanda kesayangan Baginda saw ini melainkan diwaktu kecemasan, barulah ada 2,3 org sahabat berpeluang melihat kelibat Fatimahtul Al-Zahra sekali dalam seumur hidup, walaupun rumah Rasulullah saw & rumah Sayyidatina Fatimah sangat dekat. Namun tiada sesiapa yang tahu fizikal Sayyidatina Fatimah walaupun ada riwayat yg mengatakan beliau adalah seorang perempuan yang sangat cantik.

Begitu juga seorang wali Allah iaitu Imam Ahmad bin Hambal rahimmatullah juga akan menyorokkan kasut isterinya & jika isterinya sedang berjalan, isterinya kena jalan senyap2 sehingga tidak terdengar oleh tetamunya. Jika cara jalan isterinya berbunyi atau kasutnya tidak disorokkan, kemudian Imam Ahmad akan menegur isterinya lantaran cemburu.. Dan zaman kini, ada juga orang yg memuliakan isteri2 mereka begitu. Keadaan Sunnah ini kita boleh lihat pada isteri-isteri yang orang panggil jemaah tabligh, mereka juga akan menyorokkan kasut-kasut isteri mereka & mereka akan pastikan saat isteri mereka berjalan tidak akan menarik perhatian orang lain untuk memandang mereka. Kerana apa? Kerana mereka menghargai & memuliakan isteri-isteri mereka.
Lelaki zaman sekarang berlumba-lumba menayangkan bentuk tubuh badan isteri mereka di khalayak ramai malah lebih menakutkan apabila mereka mengupload di media sosial untuk mendapat tontonan lelaki lain sehingga yang berpakaian separuh b0gel pun ada..

Di mana letaknya kehormatan & kemuliaan seorang suami kepada isterinya? Sedangkan badan isterinya diratah beramai2 oleh lelaki diluar sana, perumpamaan utk kita mudah faham, isteri mereka itu untuk dikongsi ramai2 sehingga habis dibogelkan oleh pemikiran iblis mereka..

Tanda Allah swt mencabut kemuliaan wanita itu adalah, dia tidak malu auratnya dipertonton & ditayangkan di khalayak ramai seperti bahagian2 auratnya yg perlu ditutup, wajahnya, tubuh badannya & suaranya sehingga lelaki2 lain dapat membuat koleksi gambar2 & video mereka di phone & di pemikiran seorang lelaki yg bernafsu cara yg salah.

Ada tiga macam golongan orang yang Allah haramkan masuk syurga yaitu: ⁣
Peminum arak, orang yang Derhaka kepada orang tua, dan orang yang tidak memiliki sifat cemburu yang menyetujui perkara keji pada keluarganya.” (HR. Ahmad 2: 69)⁣

Seperti Khabib dan Isterinya.. Nampak sekali di majlis pernikahannya begitu teguh pegangan agama beliau, ataupun di kehidupan beliau tidak pernah kita nampak Khabib dikelilingi dengan banyak wanita, kehidupan hariannya selalu bersama dengan kawan-kawan lelaki dan ahli keluarganya sahaja.. Dari pernikahannya saja, kita dapat lihat isterinya dimuliakan & isterinya menutup aurat dengan sempurna ikut Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Kesimpulannya Beliau adalah pemuda yang menjaga kehormatan Agama dan keluarganya. ⁣Memiliki ghiroh yang sangat tinggi dalam membela Agamanya.⁣

Sumber

Semoga Allah Ta’alaa menjaga beliau.. (Marilah kita mendo’akan beliau dengan kebaikan, setidaknya kita semua boleh jadikan beliau contoh pemuda-pemuda Islam yang berpegang teguh dengan islam daripada kita suka dengan golongan2 bintang sukan yg kafir dan artis yg kafir.. Setidaknya kita cuba beralih ke arah yang lebih lebih baik)⁣.Wallahua’lam…

Kredit: Olahan daripada tulisan Ustadz Mamat Al Khattat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *