Tempatan Viral

Tersebar senarai kabinet yang baru, ini reaksi kelakar Najib bila tahu jawatan dia

Nampaknya situasi politik negara belum nampak tanda akan reda. Petang tadi Setiausaha Agung BN Annuar Musa dilihat hadir ke rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini.

Ia berlaku selepas perhatian umum tertumpu kepada Umno dan Bersatu selepas Biro Politik Umno mengumumkan mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Annuar bagaimanapun ketika ditemui Malaysiakini berkata itu hanya lawatan biasa kerana mereka sebenarnya berjiran.

Dalam perkembangan berkaitan, tular pula senarai kabinet berserta jawatan menteri termasuk dua nama bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Tun M

Dengan nama Kabinet Malaysia Mega Deal 2020, Najib tersenarai memegang jawatan Menteri Pelancongan. Berikut sindirian sinis Najib

“Kerja siapa ni?  Saya diberi jawatan Menteri Pelancongan tapi passport saya sudah disekat jiran saya Menteri Belia dan Sukan.

Bagaimana pula nak laksana tugas saya untuk mempromosikan Malaysia di luar negara?” tulis Najib secara berseloroh

Dakwaan bercanggah isu gambar Dr M dan Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Rabu mengumumkan salinan suratnya yang mendesak speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibahas.

Hampir sehari kemudian, gambarnya bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Siti Hasmah mula tersebar di dalam talian.

Turut kelihatan pada gambar itu ialah penyokong kuat Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan isterinya, pelakon Umie Aida.

Namun, kisah di sebalik gambar itu masih belum dapat disahkan, kerana percubaan untuk mendapatkan perincian mengenai apakah ada pertemuan baru-baru ini antara Mahathir dan Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, meenemukan dakwaan bercanggah.


Dalam salah satu versi, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini bahawa gambar itu diambil dalam sebuah acara baru-baru ini yang diadakan di rumah Ku Li.

“Gambar ini diambil bulan lalu. Tun (Mahathir) berada di rumah Ku Li untuk majlis ulang tahun, jika saya tak silap,” kata seorang sumber, yang dekat dengan kem Mahathir.

Sumber lain juga memberikan maklumat serupa, mengatakan bahawa Mahathir berada di rumah Ku Li untuk makan malam.

Mereka bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh pertemuan yang tepat, dan mereka juga tidak mengetahui apakah Mahathir dan Ku Li membincangkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam pertemuan itu.

Sebaliknya, Khairuddin ketika dihubungi menafikan gambar itu diambil baru-baru ini.

Dia mendakwa bahawa ia diambil kira-kira empat tahun yang lalu semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli politik itu juga menafikan bahawa ia diambil di kediaman Tengku Razaleigh.

“Ini bukan gambar baru! Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air yang keruh.

“Dalam masa yang sama saya juga tidak faham kenapa gambar ini ditular pada saat dan ketika ini?

“Ada kalangan yang tidak bertanggungjawab sedang cuba untuk mewujudkan pelbagai spekulasi di saat negara kita sedang menghadapi suasana politik yang tidak menentu,” katanya.

Namun, Khairuddin tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaannya.

Untuk rekod, gambar itu menunjukkan Mahathir memakai pelitup muka, yang telah dilipatnya di bawah dagunya, sementara Khairuddin, Umie dan Siti Hasmah masing-masing dilihat memegang pelitup muka di tangan mereka.

Malaysiakini telah memberi tahu Khairuddin mengenai hal ini setelah penafiannya, dengan mengatakan bahawa pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan sejak negara dilanda wabak Covid-19 tahun ini.

Khairuddin mendakwa bahawa memakai pelitup muka bukanlah sesuatu yang baru bagi Mahathir kerana mengalami jangkitan paru-paru beberapa tahun yang lalu.

“Ini adalah amalan biasa bagi Dr Mahathir untuk menjaga kesihatan, dan kebetulan sudah menjadi amalan sekarang ketika kita menghadapi pandemik Covid-19.” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia dan yang lain turut memegang pelitup muka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *