“Adakah Perbuatan Minta Maaf Selepas Fitn*h Boleh Kira Selesai?” Sekali Lagi Peguam Ini Jelaskan

Selepas Viral Kes PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK Eira Aziera tampil membuat permohonan maaf seperti dibawah:

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Faceb0ok Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Sh4ming) terhadap individu/Pemilik Akaun Faceb0ok yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal em0si dan ama4ah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebo0k SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebo0k yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Wasalam ??❤️
15 September 2020

Namun Begitu

Kalau mengikut undang-undang, perbuatan minta maaf selepas fitnah atau menjatuhkan reputasi seseorang, boleh kira selesai ke?

 

Tutup gitu je kes kerana permohonan maaf? Betul ke begini?

Banyak kita baca komen-komen berkenaan, buat silap kemudian minta maaf dan kemudian buat lagi. Kalau begitu perkataan ‘sorry’ ini boleh dijadikan mekanism mengenakan orang.

Maki-maki, cerca-cerca dan kemudian minta maaf. Settle! Padahal reputasi yang diburukkan itu sudah hancur dan remuk. Bagaimana pula reputasinya? Bagaimana stress yang dialami? Bagaimana hendak berhadapan dengan masyarakat?

Adakah ‘sorry’ itu cara untuk membela diri. Katakan sorry dan semua selesai? Nasib baik undang-undang di Malaysia tidak semudah itu! Pernah dengar ayat ni “Sorry no cure”. Begitulah.

Bawah Seksyen 10 Akta Fitnah 1957 membenarkan pengurangan ganti rugi dan bukannya penghapusan ganti rugi.

Maksudnya kalau dis4man oleh Plaintif (Penuntut) dan Defendan (yang dituntut) telah meminta maaf, tuntutan Plaintif masih dibenarkan tetapi permohonan maaf ini hanya memberikan diskaun kepada ganti rugi sahaja.

Isu berkenaan permohonan maaf, boleh menyebabkan Defendan menang kes atau tidak ini telah pun dibincangkan di mahkamah dalam kes DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN lwn. THE EDGE COMMUNICATIONS SDN BHD & YANG LAIN [2012] 10 CLJ 340.

Dalam kes ini, peguam bagi kedua-dua pihak berdebat tentang isu:

Sama ada defendan boleh memohon penghapusan ganti rugi di bawah s.10?
Sama ada s.10 hanya membenarkan pengurangan ganti rugi?

Keputusannya, mahkamah dalam kes ini pun menegaskan bahawa bawah Seksyen 10 bagi permohonan maaf takkan menyebabkan kes ditolak. Kalau mahkamah hendak mempertimbangkan pun dengan memberi diskaun ke atas jumlah ganti rugi. Itu sahaja.

Soalan seterusnya, adakah wajib mahkamah bagi diskaun bawah Seskyen ini? Macam mana kalau tak ikhlas? Macam mana sebab, si pemangsa itu hanya mohon maaf selepas dikecam hebat? Mahkamah ambil kira atau tidak jenis permohonan maaf begini?

Dalam kes PUA KIAM WEE v. UTUSAN MELAYU 2016] 3 CLJ 498 pula, Defendan meminta pengurangan bagi ganti rugi yang dibenarkan oleh mahkamah atas alasan sudah meminta maaf.

Mahkamah membenarkan tuntutan RM200,000 dibayar kepada Plaintif kerana tulisan yang diputuskan oleh mahkamah sebagai fitnah yang dibuat oleh Utusan.

Namun demikian, mahkamah putuskan mengikut fakta kes dan perbuatan utusan yang sengaja melambat permohonan maaf, jadi dianggap permohonan maaf tidak telus atau dalam bahasa lain, seolah-olah tak ikhlas. No discount!

Nampak, mahkamah pun menilai ikhlas atau tidak ikhlas permohonan maaf. Pergi mahkamah bukan kita kefahaman kita. Ada beranggapan yang popular sahaja yang boleh ambil tindakan. Fahaman itu salah.

Semua pun ada hak, sesiapa yang dimangsakan ada hak. Kenapa kalau orang tidak popular atau tidak dikenali tidak ada hak? Fahaman salah.

Kalau tidak ada undang-undang membela mangsa dari permohonan maaf. Bestlah bagi sesetengah orang, kut*k, c3rca, m4ki, h1na dan kemudian sorry. Tutup kes. Kemudian buat lagi. Tutup lagi dan buat lagi.

Sebab itu ada dalam Akta Fitn4h siap-siap berkenaan permohonan maaf ini tidak akan membatalkan kes. Akal orang begini sudah boleh dibaca. Buat silap dan sorry, dengan harapan terlepas. Tak juga dik.

Hati-hati. Undang-undang bukan ikut kehendak kita. Kita yang kena ikut undang-undang dik.

Sorry no cure!

Oleh Nor Zabetha

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*