Adik cuba rasa bwah dada mak ni, betul ke ade benjol ni. Itulah kali terakhir mak. Ayah tiri pula tergamak buat kt kami mcm ni

Dah lewat malam ni. Aku tak boleh tidur. Teringat dekat arwh mak and ayah.. Tak kisah la esok kerja ke tak tapi aku rasa macam nak luahkan isi hati sbb rindu sangat so aku pilih untuk luah kan di sini..

Mak pergi tinggalkan kitorang adik beradik masa raya haji 2017. Aku still rasa mcm baru je lagi mak pergi.

Ye masa tu aku tengah sambung belajar diploma baru habis first year. Sehari sebelum puasa aku habis final. Habis je final exam aku terus drive balik dari kuala selangor ke nilai.

Otw balik accdent kene langgar tapi nasib baik tak teruk and nasib baik masa tu dah dekat nak sampai rumah.

Dah la tu kereta viva kesayangan mak aku. Sampai je nilai terus pergi spa arwh mak bersama sejambak chocolate bouquet sbb mak pernah call cakap dia maybe ada knser rahim tpi Dr.

Pergi la check awal awal ni” tapi mak tk pergi check pun. Dia lengah kan masa sampai la ke raya puasa.

Kitorang balik kampung tpi aku boleh nampak mak aku tengah tahan skit sbb dia asyik merengek je cakap skit la penat la.

Masa ni aku menyesal tak hantar pergi hospital terus. Balik dari kampung dia memang dah tak tahan skit so dia pergi buat check up and dr diagnose dia breast knser tahap 2 tpi tk perlu operate pun cuma buat kemoterapi je.

So mak kene admit ward. ,Time ni dh nak masuk sem baru, aku extend sbb nak jaga mak. Masa dlm ward, ada benjol besar dkt dahi mak and perut mak membusung. Masa ni dh nak dkt raya haji.

Dr sah kan yg mak sebenarnya knser lymphoma. Mak sempat buat kemoterapi sekali dkt hospital swasta ni then insuran dah habis cover kitorang minta transfer ke hospital kerajaan.

Kencing pun aku tadah guna besen. Mak dah tak banyak cakap. Dia suruh aku potongkan kuku dia, mandikan dia, pakai kan bedak, losyen, lipstick sikit.

Lepastu aku teman mak baring borak borak dgn dia. Aku ingat lagi mak cakap “banyak pahala adik dekat mak” Allah mak, adik banyak dosa dekat mak tak terhitung dosa adik dekat mak tapi mak boleh cakap mcm tu..

Dalam masa sama bila kakak aku balik kerja (dia tolong jaga spa mak masa mak skit) aku bagi kakak aku pulak jaga mak aku sebab aku nak pahala tu biar kitorang semua dapat. Mak bagi aku semua barang kemas dia utk aku jaga.

Tapi tah mcm mana tempat yg aku rasa paling secure dah aku sorok boleh hilang separuh barang kemas tu. Masa ni mmg aku sedih gila rasa nak mati. Ada lah jugak sesi tuduh menuduh dlm rumah tpi tkde sapa nak mengaku so semua move on je la.

Hari ke 3 mak dah tak boleh bangun. Tidur je. Makan pun taknak. Buang air pun tak. Dia pun dah start lupa kitorang.

Masa ni ingat segar lagi dlm ingatan. Waktu melawat dah habis. Kitorang semua nak pergi makan masa magrib ni. Baru keluar perkarangan hospital dlm 15 min mcm tu dapat call dari hospital suruh datang sbb mak dah nazak.

Aku dgn kakak aku sampai dulu. Apa lagi kitorang berlari pergi icu. Kakak aku sempat ajar mak ucap kalimah syahadah, aku hanya mampu menangis. Tak mampu bercakap.

Lepas je habis kakak aku ucap, mesin pun dah tkde nadi mak.. Lagi meraung la kitorang. Paling kesian dekat adik aku paling kecik.

Baru 6 tahun masa ni sempat tengok mak aku 2 kali je dlm icu. Dia pun nangis. Sedihnya aku tengok. Then aku tengok adik lelaki aku umur 13.

Ye dia seorang je lelaki dlm adik beradik. Kesian dia tahan menangis. Dia kene kuat. Aku peluk dia. Sama sama nangis.

Allah nak uji baru je hilang mak tercinta, luka belum sembuh hilang pulak ayah tersayang. Ye aku berhenti belajar sebab takda sapa nak support finance.

Sedih memang sedih tapi apakan daya.. Takkan nak suruh bapak tiri bela kot dia pun ada anak dgn first wive dia dulu yg perlu dia tanggung.

Hiduplah kami 4 beradik bersama bapa tiri serumah. menumpang kasih si bapa tiri . dia telah berjanji untuk menjaga kami si anak yatim piatu hingga hujung nyawa nya.

ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. di sini segalanya bermulaaa. Bapa tiri aku telah berkenalan dengan seorang maid indonesia, maid kepada jiran kami selang 2 lorong taman.

sejak perkenalan tu bapa tiri yang baik berubah 360 darjah menjadi seorang yang bencikan kami. benci sebab kami membantah dia membawa maid tu tidur & tinggal serumah dengan kami tanpa apa-apa ikatan yang sah.

FEBRUARI 2018 –

Selain dihalau keluar dari rumah , kami di aniaya dalam pelbagai cara. kereta-kereta yang pernah dia bagi untuk kami guna di ambil balik dengan cara mengupah gangster melayu mengugut ,menganggu kami & viralkan ic adik kedua ku di group group wasap.

mesej kata-kata makian & hinaan menggelarkan kami anak hram dan macam macam lagi. baju baju sekolah ,baju harian & buku sekolah adik adik di bakar hangus. tiada apa untuk ke sekolah.

dengan duit rm300 tu aku belikan sepasang dua kelengkapan sekolah untuk adik adik kena jimat sebab itu je duit yang ada buat masa tu.

adik baru ku iaitu anak kandung dia sendiri juga di abaikan dan di jaga oleh aku hingga sekarang. pada dia aku lah emak, aku lah kakak. umur dia 7 tahun.

Di dalam setiap solat kami , tidak pernah air mata ni tak mengalir. sedih mengenangkan nasib. tiada tempat meluah hanya di atas sejadah segalanya terluah.

dalam 1 doa ku, pernah aku mintak , jika betul kami tergolong dalam golongan orang teranaiaya , tunjukkanlah kekuasaanmu pada orang yang telah menzalimi kami. sedih , sungguh aku sedih.

MAC 2018 –

Redha je la dgn semua ujian ni. Yang penting kitorang adik beradik slow slow bangun semula. Sekarang dlm proses cari rumah sewa. Mahal jugak deposit rumah sewa 3k lebih.. Huhu ikat perut lah ye..

Spa arwh mak juga kitorang nak jual sbb dah takde duit sngt. Aku tulis ni untuk luahkan hati perasaan aku malam ni sebab aku terlampau rindu kan mak aku.

Rindu kan saat saat terakhir dengan dia. Oh ya, sebelum lupa. Mak aku sempat masakkan makanan favorit aku.. Cuma terkilan sikit masakan last dia masak, aku tak makan..

Kari ayam. Sampai hari ni kalau nak makan kari ayam aku mcm hilang mood sbb teringat dekat mak.. Sayur sup bayam pun sama sbb hari hari aku masak sup tu utk mak masa dia skit.

Dah terubat sikit rindu bila dapat luahkan. Aku rindukan life semasa ada mak ayah. I miss them so much..

Kami adik beradik pula alhamdulillah hidup semakin senang & tenang walaupun masih tinggal di premis perniagaan arwh emak, ALLAHswt limpahkan rezeki yang mencurah untuk perniagaan aku kerana hasil duit dari situlah aku menyara adik adik.

kini adik kedua aku juga telah ada perniagaan kecil kecilan dia di carboothsales untuk menambah pendapatan kami adik beradik.

semua hasil di kongsi bersama. susah senang kami bersama. walaupun kami tiada emak & ayah untuk berpaut tapi kami ada ALLAH swt untuk kami berlindung.

Doakan lah supaya kami adik beradik boleh ” menghalalkan ” setiap perbuatan dia pada kami. Walaupun sakit perit semua yang dia dah lakukan pada kami , tapi inshaaAllah ada kemaafan buat dia dari kami suatu hari nanti. Doakan..

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*