Ucapan Paling Dinantikan Bila PM Cakap, ‘Kelab Malam Kalau Tak Buka Selama-Lamanya Pun Bagus Juga’

Setiap ucapan atau kata-kata yang dilontarkan Perdana Menteri, ia tentunya akan menjadi perhatian. Tidak kiralah dengan nada serius atau sambil tersenyum.

Demikian hal juga yang berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Konvensyen Perikatan Nasional di Kuala Lumpur minggu lalu.

” Ekonomi negara kita sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan setelah hampir semua sektor ekonomi dibuka semula.

” Yang tak buka hanya kelab malam dan pub. Saya fikir kalau tak buka selama-lamanya pun bagus juga kot.”

Begitulah apa yang diungkapkan Perdana Menteri sehingga menerima tepukan daripada para hadirin.

Dengan kata lain, para hadirin amat setuju kelab malam dan pub agar ditutup buat selama-lamanya di negara kita.

Perniagaan utama kelab malam dan pub adalah menjual minuman k3ras yang boleh memab0kkan si peminumnya. Selain itu, kegiatan maksi4t juga kerap berlaku dalam kelab malam dan pub.

Oleh itu, sememangnya kerajaan mempunyai sebab munasabah untuk menutup terus perniagaan yang membawa unsur-unsur kemudaratan itu.

Namun, untuk membuat keputusan menghentikan perniagaan kelab malam dan pub, ia sebenarnya bukan mudah dilakukan kerajaan.

Salah satu sebabnya, hasil cukai daripada jualan minuman k3ras sebenarnya banyak diperoleh kerajaan.

Jika kelab malam dan pub diarah tutup selama-lamanya, apakah kerajaan sudah rasa tidak perlu bergantung lagi kepada hasil cukai minuman k3ras?

Sejak ia tidak dibenarkan beroperasi sejak Mac lalu susulan COVlD-19, ramai pengusaha kelab malam dan pub sudah tidak bersedia untuk tunggu lebih lama.

Ada yang gulung tikar dan tidak kurang pula menceburi perniagaan lain.

Kita kena fikir seseorang pemimpin negara walaupun kata-katanya bersahaja, tetapi mesej yang disampaikannya membawa seribu pengertian.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, boleh dikatakan majoriti orang ramai bersetuju sepenuhnya sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk menutup terus perniagaan membabitkan pusat hiburan

” Kalau perniagaan itu memberi kemudaratan kepada masyarakat, elok tutup saja. Lagi pun ketiadaannya tak menjejaskan ekonomi Malaysia pun..” komen Abu

” Bersyukur sangat2 kalau berjaya tutup semua tempat2 mksiat tu..semoga doa2 kita semua Allah makbulkn..Bila pemimpin berusaha mengekang kemungkaran insyaallah negara terhindar dr bala Allah..” tulis Zaidi

” Itu yang rakyat Nnantikan.. insyallah negara makmur dr segala kemksiatan dan perkara negatif.. banyak lagi hasil negara daripada bergantung kepada ar4k….. Sokong sepenuhnya 200%” tulis Zack

Be the first to comment on "Ucapan Paling Dinantikan Bila PM Cakap, ‘Kelab Malam Kalau Tak Buka Selama-Lamanya Pun Bagus Juga’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*