
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal tanah air, Nora Ariffin yang baru-baru ini diuji dengan tindakan anak gadisnya terpalit dalam rakaman video bercumbu dengan teman lelakinya berkata, sudah ‘menghukum’ anaknya mengikut syariat agama.
Tegas penghibur itu, biarlah kesilapan yang dilakukan anak ketiganya ditebus dengan bertaubat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, dia juga sudah mendengar pengakuan daripada anak serta remaja lelaki dalam video yang tular itu.
“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan Saya juga sudah memaafkan semua orang.
“Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama . Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada kepada Allah SWT,” kata Nora dalam hantaran di Instagram sebentar tadi.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan mendoakan apa yang terjadi akan memberi pengajaran dan iktibar buat semua.
Baru-baru ini, tular di media sosial video sepasang remaja sedang bercumbuan yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Ekoran itu, netizen bukan sahaja mula mengecam remaja berkenaan, bahkan penyanyi terkenal itu juga tidak terlepas daripada menjadi kecaman.
Nora pula secara terbuka mengakui, remaja perempuan yang dikaitkan dalam video itu adalah anaknya.
Penghibur berusia 47 tahun itu juga mengambil sikap bertanggungjawab mengakui, remaja itu adalah anak perempuannya.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku itu anak saya. Sebagai seorang ibu, kita telah mencuba melakukan yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik, memberikan apa yang terbaik dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. dia masih muda… dan dia perlu belajar banyak perkara dan kehidupan yang harus dilalui,” kata Nora
Sementara itu, remaja lelaki berkenaan yang wajahnya tertera dalam adegan bercumbu dengan anak Nora itu tampil memohon maaf kepada penyanyi berkenaan atas kesilapannya.
Remaja berkenaan mengaku melakukan kesilapan dan bertanggungjawab terhadap penularan video itu.
“Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Nora dan keluarga saya sendiri.
“Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Nora untuk dijadikan viral.
“Saya juga amat menyesali atas apa yang telah saya lakukan,” kata remaja itu lagi.
Berikut reaksi dari netizan
“Ok tuan punya diri dh buat pengakuan dan meminta maaf, jadi hentikan cerita aib ini, masing2 punya keluarga, jaga keluarga masing2 pulak selepas ini, yg lain kita serah pada allah untuk menghukum, tp bkn kita
” Tabik hormat kak nora.Ibu yg sangat baik,ujian yg amat berat hanya wanita yg hebat sangup memikulnya.Semoga Allah sentiasa memberi kelapngn disetiap kesulitan yg Dia beri.
” For me.. Kak Nora Dan ibu budak lelaki tu dalam hal ini x salah. Yg bersalah adalah mereka berdua yg bercium Dan merakam. Ini perkara suka sama suka. Dan perkara inilah yg kebiasaanya akan berakhir dgn zina tapi mujur Allah buka Awal2 Dan mereka terhindar dari perbuatan terkutuk. Mereka patut di didik dgn ajaran agama yg kukuh agar menjauhi perkara yg dilarang. Jika x kenapa terlalu byk kes buang bayi bersepah sbb zina.
“Nikahkan keduanya or bg bertunang dulu sampai umur sesuai utk dikahwinkan..rakyat malaysia dah kenal diorang..maruah seorang muslimah berhijab dah hilang..kena ada yg bertanggungjawab..nasib baik tak kena tangkap dgn pejabat agama..ini bukan kes paksa tapi suka sama suka
“Dia Naif, Tolonglah Tutup Aib Kami” – Ibu Zuher Menangis-Nangis Minta Maaf
Ibu kepada remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan Nora Ariffin turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rayu wanita yang dikenali sebagai Maya itu agar netizen memahami situasi Zuher dan berhenti menghukum keluarganya.
“Mungkin ramai yang tak mengenali saya tapi berdasarkan video yang viral baru-baru ini mungkin ramai yang mengenali Zuher.
“Saya sebagai seorang ibu telah berikan penuh didikan, kasih sayang, tunjuk ajar pada dia. Tak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluan dia sebagai seorang anak.
“Tapi sebagai seorang manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Dia naif, pelajar lagi, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberikan impak dan kesan yang sebesar ini.
“Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini,” katanya.
Maya yang difahamkan bertugas sebagai seorang pendidik memohon netizen untuk menghentikan penyebaran video bercumbu anaknya itu.
“Saya memohon kepada netizen dan warga Internet supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
“Tolonglah hentikan tularkan video itu. Saya mohon sangat tutuplah aib anak saya itu. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk dia untuk jadi lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya.
Memohon empati terhadap nasib keluarganya, Maya turut merayu netizen untuk tidak campur tangan dalam urusan keluarganya dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.
“Kepada ibu-ibu di luar sana mungkin apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak kita.
“Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara begini tidak berulang lagi.
“Kepada Nora sekeluarga saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kerana tak muncul sehingga hari ini, saya baru dapat kekuatan dan bersedia hadapi semua orang.
“Jadi saya harap kepada netizen semua hentikan video itu, ini hal dalaman keluarga bagi kami yang selesaikan.
“Hal ini tak terjadi kepada kalian, kalian boleh kecam komen macam-macam. Tapi kalau jadi pada keluarga kalian baru tahu apa yang kami rasa.
“Jadi saya minta tolong sangat jauh daripada hati saya, tolonglah tutup aib saya,” getusnya.
Sebelum ini tular sepotong video memaparkan aksi bercumbu Zuher dan anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia di media sosial.
Leave a Reply