Kisah Masyarakat Tempatan

“Kami berpisah buat selama-lamanya” – Pengsan Beberapa kali sepanjang tempoh menunggu jenazah

Kuala Terengganu: Beberapa kali pengsan sepanjang tempoh menunggu jenazah suami dan anaknya, bersama air mata yang tidak henti mengalir hingga perlu ditenangkan keluarga.

Begitu keadaan Siti Hawa Mohd Sebari, 30, yang hilang dua insan kesayangan serentak dalam kem4langan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampiran Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, dekat sini, jam 7 malam kelmarin.

Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, meningg4l dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah dialami.

Kehilangan mengejut itu bukan hanya memilukan Siti Hawa, bahkan ahli keluarga dan kenalan arw4h yang berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mengurus jenazah sebelum dibawa pulang ke Kota Tinggi, Johor untuk pengebumian.

Menurut bapa Md Firdaus, Omar Endut, 71, kehilangan itu sukar diterima apatah lagi, dia sendiri tidak pernah berpisah dengan arw4h sejak kecil hinggalah anaknya menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2008.

JENAZAH Md Firdaus dan anaknya disembahyangkan di HSNZ sebelum dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk pengebumian. FOTO Zaid Salim.JENAZAH Md Firdaus dan anaknya disembahyangkan di HSNZ sebelum dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk pengebumian. FOTO Zaid Salim.

“Tapi hari ini (semalam) kami berpisah buat selama-lamanya. Dia anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga,” katanya yang tetap reda dengan qada dan qadar Allah SWT.

Omar berkata, Allahyarham sangat menyayangi Muhammad Lutfil dan banyak menghabiskan masa bersama kanak-kanak itu ketika pulang bercuti di rumah keluarga di Tambun, Perak, mahupun keluarga mentua di Felda Adila, Kota Tinggi.

Sementara itu, bapa mentua arw4h, Mohd Sebari Kobon, 72, berkata, pemergian menantu dan cucunya meningg4lkan kesan yang mendalam terhadap keluarga.

Katanya, Muhammad Lutfil pula disifatkan cucu yang menghormati orang tua serta rajin membaca al-Quran.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu sebelum dihantar ke Kota Tinggi dengan van jenazah maritim untuk disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Adila.

Sumber Artikel Di Ambil Dari Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *