
Terkini, mhkamah Koroner Seremban hari ini diberitahu anjing pengesan telah menghidu ‘sesuatu’ di kawasan pokok buluh di belakang rumah penginapan keluarga remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin sehari selepas mngsa dilaporkan hilang pada 4 Ogos tahun lalu.
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu, anggota Unit Anjing Pengesan (K9) Pusat Latihan Polis (Pulapol) Koperal P. D. Manimaran, 29, berkata, pokok buluh tersebut terletak kira-kira 50 meter dari belakang Sora House iaitu rumah penginapan mngsa.
Saksi ke-10 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja perempuan itu, bagaimanapun, berkata, beliau tidak pasti sama ada anjing jenis German Shepherd itu mengesan bau daripada pakaian milik mngsa atau sebaliknya.
” Ketika membawa anjing saya ke belakang Sora House, anjing itu berhenti di kawasan pokok buluh macam terbau sesuatu di pokok buluh itu yang terletak bersebelahan pagar.
” Saya kemudian terus menyelit di pagar itu dan membawa anjing saya ke kawasan sebelah pagar lalu mengarahkannya melakukan ‘kesan dan cari’ di kawasan tersebut.
” Anjing saya kemudian terus membawa saya jalan ke depan dan naik turun bukit di luar kawasan The Dusun Resort sehinggalah anjing saya kehilangan jejak bau itu,”
Itu kata-kata beliau ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat yang juga pegawai pengendali prosiding inkues yang memasuki hari keenam.
Saksi itu yang bertugas di Unit K9 Pulapol sejak Mei 2018, berkata operasi SAR kedua yang disertainya pada 7 Ogos 2019 turut bertumpu di kawasan sungai di resort tersebut berdasarkan khabar angin yang menyatakan ada orang nampak seorang perempuan mandi di air terjun di situ, namun tiada sebarang penemuan positif diperoleh.
Manimaran berkata, operasi SAR pada tarikh tersebut (7 Ogos) juga menyebabkan anjingnya mengalami keced3raan berikutan kawasan laluan pencarian yang agak berbah4ya sehingga memaksa beliau memberi haiwan itu rehat selama lima hari.
” Pada 13 Ogos 2019 saya bawa semula anjing saya dan buat pencarian di kawasan sekitar Sora House berdasarkan maklumat yang saya perolehi bahawa ibu N0ra Anne percaya anaknya tidak akan pergi jauh dari rumah penginapan mereka, namun tiada indikasi positif juga diperolehi oleh anjing pengesan saya,” katanya.
Terdahulu, saksi kesembilan prosiding inkues, Sarjan S. Simon, 40, anggota K9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), memberitahu mahkamah, berdasarkan fizikal tubuh badan mngsa, agak sukar untuk remaja itu merentasi kawasan sekitar resort tersebut termasuk lokasi di mana may4tnya ditemukan pada 13 Ogos tahun lalu.
Ini kerana, Simon berkata, beliau sendiri mengalami kesukaran ketika melakukan operasi SAR sehingga beberapa kali tergelincir.
” Kalau berdasarkan kepada fizikal mngsa memang susah nak cross (kawasan yang tiada laluan) saya pun beberapa kali tergelincir…
” Bolehlah nak paksa (rentas) tetapi ia sangat berbah4ya,” katanya ketika menjawab soalan peguam S. Sakthyvell yang mewakili keluarga N0ra Anne.
Saksi itu juga berkata, operasi SAR yang disertai oleh beliau dan anjing pengesannya pada 6, 8 11 dan 12 Ogos tahun lalu tidak membawa kepada sebarang penemuan positif berhubung keberadaan remaja perempuan itu.
N0ra Anne, 15, hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di pantai, di sini, kira-kira 60 kilometer (km) di selatan ibu negara.
May4t N0ra Anne ditemukan pada 13 Ogos, berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5km dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa.
Laporan awal b3dah siasat menyatakan kem4tian remaja istimewa itu tidak mempunyai unsur jnayah dan remaja itu disahkan m4ti akibat keboc0ran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Mahmoonah Aid bersambung esok.
Leave a Reply