Jamal Mahu Beri Tunjuk Ajar kpd Ketua Polis Negara

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bercakap kepada media ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan kepada Unit Siasatan J3nayah Terkelas (USJT) berhubung pend3dahan beliau mengenai mesin jvdi h4ram di sekitar Ampang sejak 2015.

Pendedahan itu dilakukan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dengan menghantar memorandum mengenai maklumat aktiviti perjvdian itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 19 Ogos lalu.

Jamal tiba di pekarangan Bukit Aman bersama dua peguamnya iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dan Hafiz Norkhan kira-kira jam 3.50 petang.

Beliau memasuki Bukit Aman 10 minit kemudian selepas menemui pemberita untuk memberi kenyataan mengenai kehadirannya di Ibu Pejabar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu.

Pada sidang medianya, Jamal mengulangi pendiriannya bahawa pend3dahan mengenai aktiviti perjvdian h4ram itu merupakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

“Saya harap akan bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN), yang saya tahu mempunyai pengalaman yang luas dari segi siasatan dan risikan, sebab itu polis Malaysia ini hebat.

“Saya menawarkan diri kepada KPN bagi membantu atau memberi tunjuk ajar walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman untuk membanteras dan menangani perkara ini.

“Jadi saya mohon KPN dan PDRM untuk menerima perkhidmatan saya ini dan saya tawarkan dengan cara yang percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal sempat mengingatkan KPN agar tidak memandang remeh aktiviti perjvdian h4ram yang beroperasi di sebalik premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di sekitar Ampang.

“Dalam kes judi ini saya berpendapat dan melihat saya perlu memberikan tunjuk ajar kepada KPN untuk menyelesaikan perkara ini dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

“Kalau tidak rakyat akan hilang keyakinan terhadap PDRM. Saya amat menghormati, menyanyangi PDRM ini kerana tidak boleh dinafikan jasa PDRM.

“Jangan kerana aktiviti perjvdian ini, nama baik PDRM akan tercemar dan hilang kepercayaan masyarakat,” katanya. – Sumber Malaysia Gazette

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*