Info Tempatan Viral

Sudah Dimasukkan ke Wad Hospital Swasta, Mohon Doa Orang Ramai Untuk Mufti Perak

Terkini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke wad sebuah hspital swasta di Ipoh, Perak, selepas mengalami ser4ngan angin ahmar, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Harussani dikejarkan ke hspital selepas solat Subuh pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih dalam pemantauan di hspital berkenaan.

” Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

” Kita mengharapkan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat dan diharap orang ramai terus berdoa supaya beliau diberikan kesembuhan.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 sehingga kini dan pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

Doakan Mufti Perak cepat sembuh – Soya Lemon

Sekilas info Tan Sri Harussani 

Anak bongsu kepada pasangan Hj. Zakaria b. Hj. Osman dan Hjh. Zainab bt. Jalaluddin ini dilahirkan pada 8 April 1939 di Kg. Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.

Ayah beliau yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan merupakan seorang yang tegas dalam memberi didikan agama kepada anak-anaknya.

Pernah ketika kecil dahulu, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani dimarahi ayahandanya kerana balik lewat petang akibat leka bermain bola sepak bersama kawan-kawannya.

Harussani mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Kedah, Parit Buntar, sebelum menyambung pengajian di Anglo Chinese School, Parit Buntar.

Bagaimanapun, takdir Allah s.w.t. , pada ketika ini terdetik di hati Harussani untuk mempelajari ilmu-ilmu agama secara mendalam.

Kembara ilmu Harussani kemudiannya diteruskan lagi apabila beliau menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya (KIM), Klang, Selangor dari tahun 1960 hingga 1964.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital ...

Sebaik menamatkan pengajian di KIM, Harussani telah diterima bekerja sebagai penterjemah di unit Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1964 hingga 1967.

Selepas berhenti daripada unit Cawangan Khas, Harussani menjadi guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang selama 3 bulan, sebelum menjawat jawatan sebagai Kadi di Jabatan Agama Pulau Pinang bermula 2 November 1967 hingga 1973.

Ekoran khidmat cemerlang beliau sebagai Kadi, Harussani kemudiannya dilantik sebagai Kadi Besar dari 1973 hingga 1985.

Ketokohan Harussani dalam membicarakan isu-isu agama Islam telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 hingga kini.

Selain Tokoh Ma’al Hijrah 2008, antara anugerah yang pernah diperolehi oleh Harussani ialah Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 1986 (yang membawa gelaran Dato’), Seri Paduka Mahkota Perak, 1999 (yang membawa gelaran Dato’ Seri), Darjah Kehormat Doktor Syariah, 2001 (yang membawa gelaran Dr.), dan Panglima Setia Mahkota, 2009 (yang membawa gelaran Tan Sri).

GISBH PERAK ZIARAH HARI RAYA DI KEDIAMAN MUFTI PERAK – GISBH News

Hasil perkongsian hidup dengan Puan Sri Hajjah Ainon bt. Abdul Ghani mulai 31 Julai 1966, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani dikurniakan 4 orang cahayamata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *