
Kenyataan yang dibuat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyeru orang ramai bersyukur dengan pekerjaan sedia ada mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Kata beliau lebih baik ada kerja dengan gaji rendah berbanding langsung tiada kerja.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri, netizen bagaimanapun menjalankan si4satan terhadap jam tangan yang dipakai Saravanan.
Netizen stalk jam menteri
Menerusi ‘si4satan’ netizen bernama Roshinan, jam tangan yang digayakan Menteri Sumber Manusia itu dipercayai berjenama Audemars Piguet model Royal Oak Skeleton. Harga bagi seutas jam tangan ini dianggarkan berharga sekitar lebih RM298,000.
Royal Oak Skeleton dibawah jenama Audemars Piguet dihasilkan pada sekitar tahun 2013 dan sesuai untuk kegunaan bagi lelaki mahupun wanita. Jam ini mempunyai kenipisan 9.4mm, diameter 39mm dan kalis air 5 ATM.
Bukan itu sahaja, netizen juga menemui pelitup muka diletakkan di atas meja menteri itu yang bercorak design LV. Pengguna media sosial turut mempersoalkan ketulenan pelitup muka LV milik menteri itu.
Gaji rendah daripada tiada kerja
Sebelum ini, M. Saravanan mengeluarkan kenyataannya mengalakkan supaya belia bekerja dalam apa jua bidang meskipun berpendapatan rendah. Dia mengulas perkara itu ekoran pendamik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.
Saya menasihatkan kepada semua warga Malaysia terima sajalah apa juga pekerjaan, walaupun ada pemotongan gaji sebab keadaan hari ini luar biasa. Lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja, dengan program-program dan rancangan khas yang dijalankan oleh kerajaan, saya bagi jaminan keadaan akan beransur pulih.
Tetapi sehingga keadaan berubah, kita perlu berpegang kepada apa jua peluang pekerjaan sedia ada, walaupun ada juga keadaan mengurangkan gaji dan sebagainya tetapi ini hanya sementara.
Lebih baik kerja gaji rendah daripada tiada kerja langsung – Saravanan
“Lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja,” ujar Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan ketika mengulas mengenai isu pengangguran yang berlaku ketika ini akibat pandemik C0VID-19.
Katanya lagi, semua golongan termasuk profesional yang kehilangan pekerjaan wajar merebut apa sahaja peluang ketika ini memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Saya menasihatkan kepada semua warga Malaysia terima sajalah apa juga pekerjaan, walaupun ada pemotongan gaji sebab keadaan hari ini luar biasa.
“Lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja, dengan program-program dan rancangan khas yang dijalankan oleh kerajaan, saya bagi jaminan keadaan akan beransur pulih.
“Tetapi sehingga keadaan berubah, kita perlu berpegang kepada apa jua peluang pekerjaan sedia ada, walaupun ada juga keadaan mengurangkan gaji dan sebagainya… tetapi ini hanya sementara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Go TVET Orang Asli di Dewan Merdeka, di sini pada Sabtu.
Hari ini media melaporkan, kadar pengangguran negara menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus, Jun lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, pengangguran pada Jun ialah 773,200 orang berbanding 826,100 orang pada Mei.
Sumber: Roshinan, Ohbulan, Awani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply