“Without us ur country are nothing..”- Rayhan Kabir Sempat Tinggalkan Komen Sebelum Tutup Akaun FB.

Sejak semalam nama Rayhan Kabir atau lelaki Bangladesh  yang bekerja di Malaysia ini menerima kecaman hebat dari wargamaya kerana mengeluarkan statement yang tidak betul ketika ditemubual oleh Al Jazeera.

Hari ini pihak Imigresen Malaysia pula mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai menjejaki Rayhan Kabir yang dilihat telah menutup akaun FBnya setelah bertalu-talu di serang oleh netizen Malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

 

Namun beliau sempat meninggalkan komen kemarahannya dengan meletakkan jari tengah pada gambar bendera Malaysia dan menyatakan Malaysia melayan warga asing seperti binatang..

Berdasarkan maklumat diri yang tertera di Facebook, Rayhan Kabir yang mengaku dirinya bertugas di syarikat Malik Streams Production & Distribution sebagai Ketua Pemasaran, ternyata palsu.

Bukan pekerja kami

Berdasarkan satu kenyataan rasmi Malik Streams Production & Distribution, menafikan bahawa Rayhan Kabir merupakan kakitangan mereka.

Sebaliknya, lelaki terbabit hanyalah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi, dan tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.

Pihak Malik Streams turut terkejut dengan dakwaan itu, mengakui turut terkena tempias apabila laman Facebook mereka didatangi pelbagai komen bertanyakan mengenai isu tersebut.

Difahamkan, Malik Streams tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang, kerana isu tersebut telah menjejaskan reputasi dan imej syarikat.

Anugerah Tokoh, Pingat Imigresen sempena Hari Imigresen 2019 ...

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairil Dzaimee Daud berkata, pas warga asing boleh dibatalkan dan diminta keluar dari negara ini serta-merta jika didapati mengeluarkan kenyataan memburukkan Malaysia.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,”

sumber : BH, Bernama

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*