Khalid Jamlus terpaksa jual Kasut Emas. Sekali Timb. Menteri Belia hantar wassap

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya, kelmarin.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Tindakan Khalid ‘melepaskan’ barangan yang dianggap mempunyai nilai sentimental tinggi bagi seseorang pemain itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Khalid yang turut pernah beraksi bersama Selangor dan Kelantan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Hantar Wassap

Namun, menerusi perkongsian terbaharu di Facebook miliknya, malam tadi, Khalid memuat naik gambar ‘screenshot’ perbualan yang didakwa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mesej perbualan yang dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp itu menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal mempelawa Khalid berjumpanya minggu depan jika ada apa-apa yang boleh dibantu.

“Insya-Allah mungkin ada sinar,” kata Khalid bersama gambar perbualan berkenaan

Berikut reaksi netizan

“3 tahun tanam anggur ke…? Menunggu kerja2 berkaitan bola?…
Kalau kerja stesen minyak pun dah dapat Rm30k ++ dalam 3 tahun tu…
Sama kes sebelum ini .bekas pemain tidur dalam kereta sebab ikat perut tiada pekerjaan….
Payah…lah macam ni..bangla pun boleh kaya kerja cat rumah orang dan mesin rumput…

“Dulu player gaji xtinggi, Khalid Jamlus pernah bagi tahu, masa jadi top player, gaji paling tinggi rm4.5 k je.. harap2 dipermudahkan urusan Khalid Jamlus dan keluarga. Kita xtahu apa yg berlaku. Jgn menilai
Ini la sukan malaysia!! Pegi balik pegi balik,player yg masalah kewangan..kat padang player la yg cm sawan keje kuat… Selagi ada muka penyamun dlm organisasi… Depa je dpt gaji bulanan… Player dpt la saki baki…

“aku ade ngok live dia x snggup nk ngok… dlm aku sush gaji kne potong separuh.ade org yg lbeh sush. nilai jualan x sme ngan pnt lelah dia kt ats pdg.smoga dipermudhkn segala urusan beliau

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*