
Apabila disebut sahaja nama Dr. Amalina Che Bakri, pasti ramai yang mengenali anak Malaysia yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di United Kingdom (UK).
Walaupun sibuk dengan tugas harian, populariti Dr Amalina di media sosial tidak dapat disangkal lagi apabila sering mendapat perhatian dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh netizen.
Namun, tidak kurang juga yang membidas beliau kerana jawapan atau pendapat yang diberikan ada yang bertentangan dengan kefahaman mereka seperti individu ini.
”Orang macam Dr ni tunggu lepas beranak dan umur masuk 40-an nanti keceklah.. kecek loni mugo demo tak beranok lagi.. tak keno ko demo, demo kato belako,” tulis individu tersebut.
Tampil membidas, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, ini turut menggunakan ‘slang’ yang sama sehingga meraih 21.7 ribu tanda suka dan 17.5 ribu ulang kicau di Twitter, hanya dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.
Beghat kalo ikut caro demo pikir
Difahamkan, isu berkenaan adalah mengenai petua berpantang dalam masyarakat Melayu menggunakan cara tradisonal dan ada di antaranya yang tidak munasabah untuk diikuti.
Tetapi, ada yang tidak bersetuju dan menyelar beliau kerana dilihat cuba menunjuk pandai sedangkan belum berumah tangga dan melahirkan anak, sedangkan pada hakikatnya beliau lebih arif kerana merupakan pakar dalam bidang perubatan.
Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni….rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni… parah. Oh my biology! pic.twitter.com/LBuE0otzUu
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 30, 2020
Itu sebab anda suka minum ayaq manis. Makan dan minum banyak makanan manis, berboba-boba, lepas tu jadi “kembang”, hang salahkan ais? pic.twitter.com/xTmfk8OIzs
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) July 1, 2020
Ibu saya dulu best student masa di sekolah. Sekarang baru sahaja bersara daripada jadi pengetua sekolah menengah. Alhamdulillah, kerana didikan ibu saya, saya suka mengamalkan cara hidup sihat sampai sekarang. Tidak pernah ditakutkan-takutkan dengan petua yang tidak munasabah.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) July 2, 2020
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen di Twitter yang rata-ratanya terhibur dengan tweet Dr. Amalina kerana sebelum itu dilihat sering menulis di dalam bahasa formal.
Kemah ore kito
Sumber: Dr. Amalina, Siakap Keli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply