Pak Hamid Terkejut Hingga Mengalir Air Mata Bila Awie Datang Ziarah

Baru baru ini, pelakon dan pelawak veteran tanah air, Hamid Gurkha, amat tidak menyangka dengan kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie bersama kumpulan Wings ke kediamannya.

Dengan Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid itu disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang kini sudah pun berusia 88 tahun itu.

Dilihat, Perkara tersebut telah dikongsikan di laman media sosial Instagram sayap2wings

“Ini adalah cara yang kami selalu lakukan untuk membantu golongan dan rakan-rakan yang tidak sihat. Ini satu petanda yang baik dan sebagai rakan artis, saya bersyukur kerana dapat bersama dalam program amal seperti ini.

Kata2 dari Pak Hamid mengundang perasaan sayu

Aku tak sangka kau dengan kawan-kawan kau datang Awie..

Suasana sebak menyelubungi ketibaan Dato’ Awie, Wings dan konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid Gurkha.

Namun suasana sebak kembali bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Dato’ Awie berkongsi pengalaman manis mereka semasa penggambaran filem Zombie Kampung Pisang dan Antoo Fighter.

Sebelum ini, Pak Hamid pernah popular dengan lakonan dalam banyak filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Sejak dari dulu lagi, lakonan Pak Hamid sentiasa buat kita tidak kering gusi menonton keletah beliau. Semoga Pak Hamid dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga

Kumpul Saham Akhirat

Baru-baru ini, Datuk Awie bersama 20 ahli kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS) dan Kelab Wings melakukan kerja amal dengan pergi ke rumah penggiat seni dan artis veteran yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka

Difahamkan, Awie menziarahi pelakon veteran Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, 70, yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar sejak lebih tiga bulan lalu, di rumah sewa anaknya, di Taman Matahari Height, Senawang.

Menurut Awie, ini adalah salah satu cara dimana beliau bersama rakan-rakan permotoran memberi bantuan buat rakan-rakan artis yang yang kesusahan atau tidak lagi aktif kerana kerana berdepan masalah kesihatan.

“Ini masa dia (Amran) dan masa saya tidak tahu lagi. Sebagai insan seni, begitulah hakikatnya bahawa kita ini tiada gaji seperti orang lain, ada kerja ada gaji dan tiada kerja tiada gaji,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata golongan artis perlu bersatu dan saling membantu antara satu sama lain kerana di masa hadapan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana kejaya sebagai anak seni ada pasang surutnya.

“Kita tidak tahu pada masa hadapan apa akan berlaku namun dengan adanya rakan-rakan yang prihatin dan memberikan sokongan, sekurang-kurangnya kita dapat dibantu.

“Ini yang kami (Kelab Wings) dapat lakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan program amal ini akan berjalan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Awie juga bercadang untuk menzirahi rakan artis lain yang tidak sihat seperti Hamid Gurkha dan ahli kumpuan EXPDC serta balu kepada Allahyarham Yazid (Search)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: musangviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*