Najib Muatnaik Posting Yang Ada Kaitan Dengan Anwar Ibrahim. Sekali Saiful Bukhari Datang Komen

Semalam bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berbalas beberapa kenyataan/ posting dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bawah adalah posting Najib bagi membalas posting awal Anwar merujuk kepada krisis ekonomi 1997;

Saya geleng kepala apabila membaca cubaan bakal PM 5/6/7/8/9 untuk cuci tangan krisis ekonomi tahun 1997 dan cubaan dia mengambil kredit pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal tahun 1990an.

Soalan yang patut ditanya dia adalah:

1. Kenapa krisis ekonomi tahun 1997 hanya memberi kesan kepada beberapa negara sahaja dan bukan kepada seluruh rantau Asia atau dunia?

2. Adakah ini kerana dasar-dasar kerajaan masa dia Menteri Kewangan yang lebih mementingkan pinjaman asing dan pelaburan dalam permainan bursa saham?

3. Adakah negara kita masa itu sering mengalami defisit akaun semasa (current account deficit) dan defisit perdagangan antarabangsa (international trade defisit) berbanding sepanjang masa saya PM di mana kita tak pernah defisit?

4. Dan adakah skandal FOREX BNM RM33 bilion masa dia Menteri Kewangan telah melamahkan lagi rizab antarabangsa yang sudahpun rendah antara sebab matawang kita menjadi antara negara sasaran untuk diserang masa itu?

5. Adakah pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal tahun 1990an akibat dasar-dasar dia ataupun ianya kerana perjanjian Plaza Accord tahun 1985 di mana Amerika Syarikat memaksa Jepun untuk menaikkan nilai matawang Yen berganda-ganda?

Akibatnya, kilang-kilang dan syarikat-syarikat Jepun terpaksa berpindah ke rantau ASEAN masa itu untuk mengurangkan kos. Sebab itu, SELURUH rantau ASEAN masa itu mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi-tinggi dan bukan Malaysia sahaja.

6. Adakah langkah dia (dia sudah mengaku dalam posting dia) untuk menaikkan kadar faedah pinjaman bank sehingga paras (melebihi 12%) mencekik leher syarikat-syarikat tempatan yang sudahpun mula menghadapi kesan kejatuhan matawang negara (sehingga USD1=RM4.90) penyebab utama kenapa banyak syarikat-syarikat Malaysia terpaksa guling tikar masa itu?

Orang dah sakit, kamu cekik leher dia lagi? Bijak atau tidak?

Kamu nak bantu syarikat-syarikat tempatan dalam masalah atau kamu nak kerjakan mereka masa itu dengan kadar faedah ragut nyawa?

Jawab-lah!

Jika tak faham sangat ekonomi, janganlah cuba spin.

Saiful Bukhari komen

Apa yang menarik dalam posting Najib tersebut, seorang individu penuh kontroversi yang bernama Saiful Bukhari Azlan telah muncul di ruangan komen.

” Sebab tu lah dia taraf BAKAL (perdana menteri) saja, sememangnya tidak layak. Boleh menjahanamkan negara. Allah tak izinkan” tulis Saiful.

Komen Saiful itu lantas mencuri perhatian pengikut Najib yang turut membalas komen tersebut.

Ada yang memuji beliau, tak kurang juga yang mengecam sehingga dilihat berbalas komen dengan individu yang mengecam beliau.

Anep (nama samaran): “Saiful Bukhari Azlan ..tahniah atas keberanian anda…Secara tak langsung anda telah menyelamatkan negara dari individu bernama Anwar..saya bersama anda sejak hari pertama anda bersumpah laknat…”

Izhar (nama samaran): ” Hang jurucakap Allah ke?”

Saiful Bukhari: “Jika Allah Izinkan, sudah lama dia jd PM? Dh jadi ka? Convent Bukit Nenas ada pelajar lelaki eh?”

Untuk rekod, Saiful Bukhari merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa dia dil#wat oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada 29 Jun 2008.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*