Pertanyaan Individu Ini Tentang Baca AlQuran Ketika Dalam Penerbangan, Jawapan Menteri Agama Mendapat Perhatian Ramai

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melayangkan sebuah tweet menyatakan Salah menunjukkan amalan yang baik dengan membaca Al-Quran di dalam kapal terbang.Ia berikutan bebenang yang mempersoalkan adakah Salah membaca Al-Quran ketika dalam penerbangan.

Amalan yang baik, dan Salah melaksanakannya. Wajar kita contohi dan bukan hanya ditularkan. Jadikan Quran bacaan setiap masa,” tulis Menteri Agama itu.

Walau bagaimanapun, netizen mula keliru dan mempersoalkan mengapa membaca kitab suci Al-Quran di dalam kapal terbang salah sedangkan ia dituntut dalam agama.

Akhirnya ia terungkai apabila lelaki yang dipaparkan membaca Al-Quran itu merupakan bintang Liverpool kelahiran Mesir bernama Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly atau sinonim dipanggil Salah di kalangan peminatnya seluruh dunia.

Malah, Salah juga merupakan antara pemain bola sepak Muslim yang tidak segan silu menunjukkan identiti Islamnya.Dia dikatakan kerap dirakam di lensa kamera bersama naskhah Al-Quran tergenggam erat di tangan.

Nama Mohamed Salah heboh diperkatakan terutama sekali peminat sukan bola sepak. Namun siapakah dirinya yang sebenar dan kenapa beliau menerima publisiti meluas sehinggakan satu dunia mengenali dirinya. Buat pengetahuan pembaca, Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).

Foto : Twitter Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri / Kredit: MH

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*