Info Kisah Masyarakat Tempatan Viral

(Video) “Sultan paling semp0i, bertuah orang Pahang..”- Sultan dan Permaisuri santuni golongan memerlukan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mengetepikan protokol dengan berangkat menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini.

Baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga, masing-masing di Kampung Pasir Kemudi dan Kampung Bukit Kuin 1, dekat Jalan Sungai Lembing.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka. Daulat Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini. - Foto Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini. – Foto Facebook Istana Negara

Turut berangkat menyertai ziarah itu ialah anakanda Seri Paduka berdua, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Bercerita lanjut, Rohani berkata dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan semalam bahawa pasangan diraja itu bakal mencemar duli ke rumahnya kerana beranggapan tidak mungkin ‘orang besar’ akan berbuat demikian.

Turut menerima ziarah kasih itu ialah dua beradik Tuan Azmi Tuan Hasan, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, yang terlantar akibat penyakit saraf di Bukit Kuin 2 di sini yang tinggal berdua selepas kemat1an ibu mereka pada 1998.

Sejak itu, tanggungjawab menguruskan dua beradik itu jatuh kepada anak ketiga, Tuan Azman, 47, yang berulang-alik setiap hari ke rumah pusaka keluarga mereka beberapa kali sehari kerana dia tinggal bersama keluarganya di Kampung Pandan Jaya di sini.

“Abang dan adik menderita penyakit itu sejak lahir yang perlahan-lahan menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk berdiri dan berjalan. Abang sempat bersekolah hingga tingkatan tiga manakala adik hanya setakat darjah enam,” katanya.

Mula-mula tak mahu kerusi roda

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang. - Foto Facebook Istana Negara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang. – Foto Facebook Istana Negara

 

Orang Kelainan Upaya (0KU), Faratun Naim Mi, 47, pula mengakui terharu apabila Al-Sultan Abdullah secara spontan menitahkan supaya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberikan kerusi roda baharu kepadanya selepas melihat kerusi roda yang digunakan.

“Saya beritahu kerusi roda saya masih elok tapi baginda tetap mahu mengurniakan yang baharu. Tunku Azizah yang mendengar terus mencadangkan supaya kerusi roda asal digunakan untuk melasak, manakala yang baharu dibuat melaram.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, tree, child, outdoor and nature Aksi bersahaja Seri Paduka Baginda menaiki buaian ketika berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, hari ini.

“Saya gemuruh juga bila dimaklumkan mengenai kehadiran Seri Paduka berdua ke sini kerana bimbang jika tersalah cakap tapi keperibadian baginda berdua yang ramah menyebabkan semua rasa itu hilang,” katanya.

Faratun Naim berkata Seri Paduka baginda berdua juga menasihatkannya agar terus cekal dan bersemangat selepas disembah maklum bahawa dia masih melakukan pelbagai kerja, termasuk memotong rumput walaupun berkerusi roda.

Faratun Naim berkata dia lvmpuh dari aras pinggang ke bawah selepas terbabit dalam kemal4ngan motosikal pada usia 21 tahun dan kini tinggal berdua dengan ibunya, Zaleha Abdullah, 75, di Bukit Kuin 1.

Catatan Facebook Istana Negara

Sumber : Berita Harian, Facebook

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *