Hiburan Kisah Masyarakat Tempatan Viral

Dengan Beratur Sejauh 3km Mahukan Kerja Dengan Shuib

Dengan Dihadiri seramai hampir 300 pencari kerja sedangkan syarikat hanya mahu mengupah kira-kira 100 orang, calon terpaksa beratur panjang sehingga tiga kilometer bagi menjaga penjarakan pada sesi temuduga yang berlangsung dua hari, mulai Rabu lalu.

Penghibur tanah air iaitu Shuib Sepahtu tersentuh apabila sesi temuduga terbuka bagi mencari kakitangan perusahaan produk minuman yang diasaskan oleh nya, dihadiri daripada individu yang dibuang kerja impak daripada pandemik C0VD19.

Shuib mengaku perasaannya bercampur baur apabila melihat terlalu ramai calon datang mencuba nasib.

“Saya tidak sangka sama sekali sesi temuduga itu mendapat sambutan luar biasa. Kami hanya menghebahkannya di laman sosial sahaja”

View this post on Instagram

Dah kurus la ek??? Ke ok mcm ni??? #53kg #SalamJumaat

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Dilihat di Ibu pejabat di Puchong sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib.”

Di antara kumpulan pencari kerja yang beratur untuk menghadiri sesi temuduga syarikat milik Shuib, Rabu lalu. Foto dari IG Shuib Sepahtu

“Seperkara lagi, apa yang membuatkan saya sedih apabila menyedari mereka bukan saja datang dari Kuala Lumpur, malah negeri lain,”katanya kepada pemberita BH Online.

Shuib berasa amat sayu sekali sebaik mendapat tahu kebanyakan daripada mereka yang datang kehilangan pekerjaan akibat pandemik C0VD19.

“Mereka mencari kerja demi meneruskan kelangsungan hidup selepas banyak syarikat ditutup” kata Shuib yang mengusahakan syarikat minuman, BubbleBee.

Tambah Shuib, dia pernah melalui perkara sama apabila diberhentikan kerja dahulu.

“Saya pernah melaluinya… Datang temuduga jauh-jauh tapi tidak dapat. Apabila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.”

“Kalau boleh, saya mahu mereka semua diberi kerja tetapi apakan daya, peluang terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diperluaskan rezeki,” jelasnya lagi

Shuib bersyukur dapat memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan penganggur ini ketika syarikat dalam proses membuka enam cawangan baharu.

Sementara itu, suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini sedia membantu rakan artis atau individu yang memiliki modal tetapi tidak tahu hendak memulakan perniagaan.

“Selain menjana pendapatan tambahan, kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka yang memerlukan,” katanya pada pemberita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : berita harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *