Bukan Balik Kosong! PATI Myanmar Diusir Malaysia Dikesan Bawa “Buah Tangan” Ke Tanah Air

Pada beberapa minggu yang lalu, penulis ada kongsikan kisah kejayaan Imigresen Malaysia berjaya menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Negara asal mereka menerusi dua penerbangan.

Tindakan tersebut dibuat hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan juga Myanmar dalam mengusir mereka yang datang ke Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

Sudah pasti dengan berita tersebut, ramai yang meluahkan rasa bangga dan gembira dengan usaha yang dilakukan memandangkan Negara kita dilihat menjadi tumpuan utama PATI. Ini berikutan, pelbagai isu sosial juga timbul melibatkan pendatang asing ini.

PATI dihantar pulang positif c0vid-19

Dalam perkembangan terbaru, sidang media yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia semalam menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 8 kes positif baru C0vid-19 di Myanmar melibatkan mereka yang dihantar pulang.

Hal tersebut disahkan sendiri oleh pihak berkuasa Myanmar, menerusi Jurucakap Kementerian Kesihatannnya, Than Naing Seo, yang berjaya mengesan dalam kalangan rakyatnya yang diusir oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Menurut KKM lanjut, kesemua PATI, 473 orang yang dihantar pulang ke Myanmar ditahan pihak berkuasa Negara sebelum laksananya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Mereka sudah jalani saringan sebelum dihantar pulang

Mereka juga telah pun melalui saringan C0vid-19 terlebih dahulu sebelum bertindak dihantar pulang ke Negara asal mereka.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan lebih daripada 1,800 individu asing tanpa dokumen lengkap berada di Negara kita dalam dua serbuan. Usaha tersebut dibuat dalam membendung C0vid-19 yang berkemungkinan ada dalam kalangan mereka.

Sudah pasti serbuan berkenaan menimbulkan rasa bimbang pihak berkuasa yang mana individu berisiko bersembunyi dan memungkinkan jangkitan dalam keadaan sesak di pusat tahanan.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis jumlah kes baru di Negara kita masih ditahap berjaga-jaga. Namun ianya bukan tiket untuk rakyat berasa bebas dan boleh melakukan apa sahaja.

Suka diingatkan agar orang ramai kekal berada di rumah tanpa melibatkan diri di kawasan awam jika tiada urusan penting. Sentiasa jaga kebersihan di tahap optimum dan memakai topeng muka.

Datang Naik Tongkang, Balik Naik Flight! Beratus PATI Myanmar Berjaya “Diusir”, Jadi Perhatian Netizen


TERDAHULU, sejak akhir-akhir ini, rakyat mula menyuarakan kebimbingan dengan kebanjiran warga asing di Negara kita. Lihat sahaja keadaan ibu kota yang kebanyakan premis-premis mula dikuasai peniaga asing.

Tak cukup dengan itu, timbul pula isu pelarian Rohingya yang menuntut hak-hak yang tidak sepatutnya di Negara kita. Sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak. Justeru, mereka meminta pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani kebanjiran warga asing ini.

Pertahanan negara semakin ketat sejak PKP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini, ianya telah memudahkan pihak berkuasa untuk bertindak memperketatkan lagi pertahanan dan juga sempadan Negara daripada kemasukan PATI.

Lihat sahaja beberapa siri kisah kejayaan pihak berkuasa dalam mengusir usaha PATI yang cuba memasuki perairan Negara kita.

PATI Myanmar berjaya dihantar pulang menerusi 2 penerbangan 

Dalam perkembangan terbaru, setelah berjaya membuat penangkapan mereka yang masuk secara haram dan tidak mempunyai dokumen yang sah, pihak Imigresen Malaysia telah menghantar pulang ratusan warga Myanmar.

Dikhabarkan mereka dihantar pulang melalui dua penerbangan pada 11 Mei lepas. Perkara ini dikongsikan sendiri di Facebook Friends of Imigration 2.0 dengan memaparkan PATI duduk di lapangan terbang sambil diawasi pihak berkuasa.

Jumlah keseluruhan PATI yang berjaya dihantar pulang adalah 395 termasuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Ianya adalah hasil kerjasama dari kerajaan Malaysia dan juga Myanmar sendiri.

Jangan bagi muka, terus tegas dengan warga asing

Melihat kepada reaksi pengguna laman maya, mereka sangat bersetuju dengan tindakan yang diambil dalam memastikan Negara bebas dari kemasukan PATI. Jika asyik diberi muka sudah pasti mereka akan naik toncang.

Mereka juga dilihat sempat mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pihak berkuasa dalam menjayakan tugas berkenaan.

Secara keseleruhannya, masing-masing perlu memainkan peranan dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa kedudukan dan cara PATI memasuki Negara. Dengan ini memudahkan lagi kerja membanteras aktiviti mereka di Negara kita.

 

Sumber: Facebook Friends of Imigration 2.0, Info Meecks

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Bukan Balik Kosong! PATI Myanmar Diusir Malaysia Dikesan Bawa “Buah Tangan” Ke Tanah Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*