“Pandai GiIa Naqiu berlakon. Good Job Guys!” Baru keluar tayangan perdana, Nabila Huda pun puji lakonan Naqiu

Selepas keluar Gegar Vaganza, Alhamdulillah rezeki salah seorang Juara GV, Naqiu dilihat semakin bertambah-bertambah. Semalam tayangan perdana telefilem ‘TingTong…Love’ lakonan Scha Alyahya dan Naqiu mendapat banyak reaksi baIas positif dari para penonton.

Boleh katakan itu adalah telefilem pertama Naqiu selepas 12 tahun menyepi, dan tidak sangka Naqiu mempunyai bakat lakonan. Jika dulu semasa zaman remaja, Naqiu pernah berlakon telefilem Boboy The Movie kini bakatnya kembali digilap oleh pengarah tempatan.

Amik kesempatan kau ek #Naini simb4h ais kat muka #Hairi?!

Puas hati sangat muka tu.. 

 

View this post on Instagram

 

Amik kesempatan kau ek #Naini simbah ais kat muka #Hairi?! Puas hati sangat muka tu.. ?? . #BilaNaqiuBerlakon #CintaTingTong

A post shared by Naqiu Mohd (Boboy) (@thisisnaqiu) on

Pelakon hebat Nabila Huda sendiri memuji lakonan Naqiu. Lakonan Scha Alyahya tak perlu dipertikaikan, memang terbaik. Baguslah Naqiu bersedia mengembangkan bakat kepada lakonan. Sekarang pun tengah dalam penggambaran Filem yang diarahkan oleh Nabil Ahmad dan juga tengah merakamkan single terbaru untuk peminat.

Hahaha!! Cik @schaalyahya !!pecah!!! And Pandai giIa naqiu berlakon..good job guys!!nak tengok esok – Nabila Huda.

Di bawah adalah antara komen lain dari para peminat yang telah menonton lakonan Naqiu semalam.

Eh best juga naqiu berlakon, part scha dgn ibu dia tu satu kepala sma2 ting tong, tak sabar nak layanzzz

Tengok semalam pun dah ketawa…tengok yang full nanti tak tahu macam ne..terbaik lah lakonan korang

DAH TENGOK TAYANGAN PERDANA MALAM TADI ! TAK SABAR TUNGGU FULL PULAK ! NAQIU TAK NAMPAK KAYU ! Best best

Tak sabar nya ya allah..bravo lakonan..makin mantap x kekok

Jangan lupa saksikan tayangan penuh telefilem ‘TingTong…Love’ pada Sabtu ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*