Ayah belum dikebumi anak dah kena hina sebab bawa Proton Saga, apa yang dia buat sekarang terus tutup mulut saudara-mara

Dih1na kerana tidak berpenampilan mewah merupakan salah satu ‘budaya’ sesetengah masyarakat yang suka merendahkan maruah orang lain. Walaupun tidak ramai bersikap sedemikian, namun ia tetap ada dalam lingkungan kehidupan kita.

Dih1na ketika bapa sedang dikebumi

Seorang lelaki telah berkongsi kisah sedihnya di Twitter apabila dipandang rendah ketika hari pemergian bapanya hanya kerana dia memandu kereta Proton Saga.

Perkara tersebut dikongsikan kerana terkesan dengan Tweet seorang lagi pengguna Twitter yang mengalami nasib hampir sama sepertinya.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama twitanas itu memaklumkan bahawa dia dih1na tidak berjaya oleh salah seorang ahli keluarganya ketika bapanya hendak dikebumikan.

Hulur bantuan guna Protan Saga

Namun begitu, dia telah membuktikan bahawa dengan hanya memandu Proton Saga sahaja, dia boleh mengedarkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan ketika saat genting ini.

Dia turut menyertakan sekali  gambar-gambar dia bersama beberapa orang kenalan mengedarkan bantuan barangan dapur dengan menaiki Proton Saga yang pernah dih1na dahulu.

Bangga dengan apa yang dah dilakukan

Posting yang dibuat itu telah mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian semula di Twitter. Beberapa orang warganet telah mendoakan urusan lelaki tersebut dipermudahkan dan menyatakan rasa bangga dengan apa yang dilakukan ketika ini.

Sumber : twtanas

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*