
Mempunyai sifat ihsan adalah antara sikap paling ‘mahal’ yang ada dalam diri seseorang manusia, rela membantu sesama makhluk yang berhadapan kesulitan.
Seperti sekumpulan anggota bomba ini, yang telah sanggup mengambil risiko semata-mata mahu menyelamatkan seekor anjing yang tersangkut di parit lereng bukit di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Ambil risiko selamatkan anjing tersangkut
Misi menyelamat ini diketuai oleh Bagan Jermal Firefighters dan Mount Erskine Volunteer Firefighters yang bekerjasama untuk menyelamatkan anjing malang yang tersangkut itu.
Menurut Penang Kini, anjing itu tersangkut di lereng bukit yang tingginya kira-kira 100 kaki di Tanjung Bungah. Dapat diperhatikan menerusi gambar yang dikongsikan, pasukan bomba berjalan menuruni bukit curam untuk mendapatkan anjing tersebut.
Kurus anjing tu lama terkandas di lereng bukit
Selepas pelbagai rintangan ditempuhi para anggota bomba, akhirnya anjing tersebut berjaya juga diselamatkan, dan ketika dijumpai keadaan haiwan itu kurus kering berikutan agak lama terkandas di lereng bukit.
Terima kasih buat para bomba atas usaha kalian, sifat kasih-sayang dan ihsan mereka terhadap haiwan mampu menjadi inspirasi untuk kita agar sering mengasihi sesama makhluk Tuhan yang lain.
Sumber : Penang Kini, Borak Daily
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply