Ustaz Uthman Daud kongsi kisah sebenar mengenai Jakel yang ramai tak tahu

Dek kerana adik terlepas cakap mengh1na orang Melayu, Jakel kini menerima k3caman dari netizan sehingga mendapat anc4man untuk di b0ikot. Walaupun Dato Feroz telah tampil menjernihkan keadaan dengan memohon maaf, tapi Jakel masih mendapat k3caman dari netizan sehibgga pelbagai kisah yang kurang enak mengenai Jakel tular di media sosial

Berikut pula perkongsian jujur dari Ustaz Uthman Daud mengenai Jakel dan pemiliknya

Boik0t Jakel?

“Tular hari ni tentang kes keluarga Dato Feroz menghina bangsa Melayu. Dan ramai melakukan kempen boikot Jakel kerana kesilapan ahli keluarganya itu.

Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama..”

Produk kain berkualiti

“Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.”

Penyumbang terbesar Majlis Ulama

“Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini..”

Sedekah setiap kali Jumaat

“Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.

Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajibnya perniagaan beliau yang hendak diboikot. Dan adakah kerana satu kesalahan itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?”

Mari kita semua memaafkan

“Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut.

Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancurkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn..” -uthmandaud

P/s : wallahi saya tak pernah dibayar oleh pihak Jakel untuk share tentang ni. Baik sebelum mahupun sekarang..

 

Posting Ustaz Uthman Daud ini mendapat 2.7K tanda suka dan 2.6k perkongsian yang rata-rata mereka setuju dengan pandangan jujur ini

Berikut reaksi beberapa netizan

Jakel ada sekolah agama di Janda Baik, free

Bermaafan sesama kita

Yusuf Azmi tampil bersuara mohon semua bermaafan demi Islam

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafkan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”

Yusuf Azmi,Aktivis

 

Sumber: SamSon, Facebook Uthman Daud

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment on "Ustaz Uthman Daud kongsi kisah sebenar mengenai Jakel yang ramai tak tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*