Ayah Berubah Sejak Pemergian Mak..Bila Adik Sakit SMS Ayah Cakap Kena Operate..Ayah Pula Kata..

Sekadar ingin luahkan rasa hati dan rasa rindu dengan ayah. Nama saya Helmi, berumur 30 tahun ada 4 adik beradik (saya no. 2) atas abang, bawah saya perempuan. Ibu saya dah lama meninggal masa saya kecil.

Di pendekkan cerita ayah kahwin lagi selepas beberapa tahun.. Selepas ayah kahwin, Kami agak kekok dengan mak tiri yang kami pggil makcik..

Makcik nampak ok tapi kami selalu tak rasa selesa mungkin kerana lama tiada ibu.. Pada mulanya kami tinggal bersama ayah dan makcik tapi kerana ayah dan makcik kerap bergaduh dalam bilik. Lebih kurang seminggu 3-4 kali bergaduh.

Abang tak rasa selesa dengan dan mengajak saya tinggal dengan nenek (nenek tinggal di kampung dekat dengan ayah cuma ayah duk taman).

Adik² saya masih kecil biarlah makcik jaga. Tapi sedihnya ayah bersetuju yang kami semua termasuk adik² tinggal dengan nenek..

Pernah sekali abang masa tu dapat mrsm dan perlukan duit beli buku. Ayah mengeluh sebab tak cukup duit.. Makcik mula membebel ini tak cukup itu tak cukup ini. Patut sekolah biasa dahla and blah²..

Saya pernah tanya ayah simpanan kami semasa dengan arwh ibu dulu.. Masa tu saya ingat² lupa sebab msh kecil tapi arwah ibu ada tunjuk buku akaun abang n saya cuma tak taw jumlah berapa di dalam.. Ayah berdalih dan alih ke topic lain.

Sebenarnya ada banyak lagi sikap ayah yang kami terasa selain duit yang tak pernah cukup sehingga menyusahkan nenek pulak, tapi kasih sayang dan perhatian dah takde buat kami adik beradik terasa sangat..

Kini kami dah meningkat dewasa.. Masing² dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Alhamdulillah masing² ada pekerjaan tetap.. (lupa nak mention nenek meninggal semasa abang tengah study di ukm dan paling ralat ayah tak bagi abang balik masa nenek meninggal atas alasan takde duit bagi tambang bas ke pantai timur.

Masa tu abang merajuk sangat dengan ayah dan kami adik beradik masih tinggal di rumah peninggalan nenek wlupun nenek tiada).

Sejak daripada itu, adik langsung tak penah tanya tentang ayah. Sampai makcik call tanya kenapa adik lama tak datang rumah or fon ayah..

Masa puasa ni, kami adik beradik plan balik kampung nak berbuka dengan ayah tapi tak bagitahu ayah yang kami nak balik.

Sebab minggu pertama puasa adik² tiri balik makcik ajak buka puasa sekali (kami plan nak balik juga walaupun makcik tak ajak tapi last minit abang ada hal jadi kami semua cancel balik kampung minggu 1st tu) disini lah paling kami adik beradik terasa.

Bila melawat ayah dan ajak berbuka puasa. Dia bagi alasan nak berbuka kat surau. Adik memang dah tak kisah tapi sebab fikir ayah.. Kami cuba tapi hampa.

Kami maklum dengan ayah balik ahad tengahari. Keesokannya sebelum balik plan nak jumpa ayah dulu tapi hampa.. Ayah bagi alasan keluar ke bandar sebab makcik nak cari baju raya.

Masa ayah susah, kami ada untuk bagi bantuan. Adik² tiri pergi sambung belajar. Saya dan abang tolong bantu sebab makcik minta tolong.. Tapi bila kami perlukan ayah.. Ayah takde..

Benar kadang setiap waktu raya. Agak kurang bermakna sebab bila kami balik kampung (rumah nenek) nak beraya dengan ayah.. Ayah dan makcik dan adik² tiri akan keluar beraya dan setiap hari pulak tu sampai kami habis cuti.

Kami seperti orang luar datang rumah ayah sejam dua untuk beraya. Kami ada ayah tapi hidup kami seperti anak yatim piatu… Rindu arwah ibu, rindu ayah. Terima kasih baca, sekadar luahan..

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*