Cousin pecahkan rahsia bg tahu aku anak luar nikah. Wasap mak, dia bluetick lama, lain pula mak reply.

Pada usiaku kini masuk 27 tahun, berkahwin dan memiliki 2 orang anak. Aku bersyukur aku dibesarkan dan hidup dalam keadaan cukup sempurna dan sederhana.

Ya ada waktu susah, ada waktu senang. Tapi alhamdulillah aku dapat juga habiskan degree, dan bekerja di syarikat swasta. Nampak normal kan, tak ada apa yang special pun.

Flashback 10 tahun lepas, kira hujung tahun 2010 aku dapat satu verbal confession dari seorang saudaraku yang tak mampu simpan “rahsia” ini lagi.

Dia tarik dan bawak aku masuk bilik, dan dia menceritakan kepada aku sesuatu yang membuatkan aku speechless, ya aku anak luar nikah.

Sebelum belum ni dari kecik lagi kalau aku tanya “mana ayah aku”, mak aku selalu bagitahu ayah aku dah meninggal sebelum aku lahir. Jadi aku disuap dengan cerita itu, sama juga kalau tanya pakcik makcik, nenek atuk aku.

Setiap kali raya aku minta maaf pun sumpah tak ikhlas, selalu je terdetik dalam hati “bila mak aku pulak nak mintak maaf dan beritahu perkara sebenar pada aku”.

Ada jugak aku cuba cari peluang terbaik untuk luahkan isi hati aku yang terbuku lama ni, tapi aku tak mampu nak luah entahlah sebab apa.

Aku cuma rasa yang mak aku patutnya cari inisiatif nak bagitahu hal sebenar, dan aku nak dengar sendiri dari mulut mak aku.

Perkara ini berlanjutan sehingga lah 2019, ada satu hari ni mak aku dengan isteri aku bergaduh mulut dekat kampung belah mak aku.

Of course aku lah paling terasa tempiasnya, yelah sebagai anak kepada mak aku, dan sebagai suami kepada isteri aku.

Selepas aku dapat offer di negeri lain, aku buat keputusan untuk berdikari dan berkahwin selepas itu.

Okay berbalik kepada Whatsapp mak aku yang pulun tak hingat dunia tu, aku rasa mak aku dah melampau sangat sebab tuduh aku macam macam (yang ni aku dah biasa).

Tuduh isteri aku macam macam (yang ni aku dah bengang tapi aku still pertahan isteri aku kalau tak betul), tuduh mertua aku macam macam (yang ni aku dah start reply kasar kat mak aku), and now siap tuduh aku yang menyebabkan aruwah atuk aku meninnggal.

Mengigil jugak drah aku kena macam tibai macam ni. So, aku explode dan aku luahkan isi hati aku yang terpendam selama hampir 10 tahun ni.

Lepas je aku bagitahu yang aku sebenarnye dah tahu pasal status kelahiran aku, then mak terus diam lama dan hanya seen dan bluetick.

Keesokan paginya, selepas solat Subuh mak aku masuk bilik yang aku tidur dan duduk tepi aku yang masih baring sebelah anak aku yang masih tidur.

Tetiba mak aku buka cerita sebenar. Yang aku memang anak luar nikah, “bapak” aku bukan orang sini. Dan detailnya (nama, asal, umur, jumpa dimana, kenapa dia tak bertanggungjawab) semua itu mak aku cerita pada ku.

Ketika tu, aku hanya mendengar tanpa sebarang reaksi (cuba hadam dan faham).

Pada ketika itu juga, aku sedang usap usap kepala anak aku yang masih tidur dan aku sedar, kita semua hamba Allah, kita manusia biasa, kita ada kisah hitam, kita tak boleh ubah masa silam, tapi kita boleh corak masa depan.

Dan bagi aku masa depan aku ialah anak anak aku dapat membesar dengan seorang ayah dan ibu. Aku cakap pada mak aku,

Dan aku lelaki kan, so mudah lah urusan kahwin tu semua. Hehe. Kalau perempuan luar nikah ada conflict part wali. Apa apa pun alhamdulillah aku sangat bersyukur ya Allah permudah urusan aku selama ni.

Cuma ada satu persoalan besar dalam benak fikiran aku sekarang ni, perlu tak aku cari “bapak” aku selepas 27 tahun? Dia masih hidup ke? Dia boleh terima aku? Dia mesti ada family sendiri yang sah, tapi boleh kah mereka terima aku? Confirm la aku ni “abang” sebapa kepada adik adik aku disana.

Masa WFH ni jugak, aku terfikir aku berjaya sekarang ni disebabkan doa mak aku, atau doa dari “bapa” aku jugak? atau dia tak pernah kisah pasal aku wujud atau tak dalam dunia ni?

Kalau korang jadi aku, apa pendapat korang?

Yelah kalau decide nak cari pun dalam masa 3 tahun nanti (masa umur aku masuk 30-an). Dan mungkin makan bulan or tahun, or takkan jumpa langsung. Tapi firasat aku “kuat” mengatakan dia masih hidup. Sekian…

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*